Jannati…..

Posted on February 23, 2016

0


Salah-satu hobiku yang masih kekal walaupun sifatnya on & off. Zaujati pun minat berfotografi… konon-konon ‘matching’laa dulu sebelum kahwin, maka terbelilah DSLR untuk merapatkan ukhuwwah selepas nikah. :p
 
Masa HO tak ber’PJJ’… naik MO dikurniakan rezeki permata hati, tapi ditakdirkan berjauhan pula. Bila sesekali dapat bersama, DSLR pun berfungsi kembali. Si kecik jadi model cilik kami. Bukannya apa, untuk tatapan waktu malam sebelum tidur. 🙂
 
Satu-persatu diselak, di’zoom’ detail…. Melihat senyuman yang terlakar, banyak persoalan yang timbul satu-persatu. Besarnya tanggungjawab kepada mereka. Syahdu je rasa….~
 
Semoga cintaku kepada mereka berkekalan hingga ke Jannah, dan tidak melalaikan cintaku kepada-Nya… ameen~ 🙂
 
==========================================================================
Advertisements
Posted in: mY LiFe