Apa Itu Affiliate Marketing/ Junction??

Posted on November 27, 2015

0


Assalamualaikum wbt…..

Lama rasanya tidakku titipkan warkah penulisanku disini. Walaupun tak silap aku pernah berniat untuk beristiqamah paling tidak seminggu akanku terbitkan satu artikel di ‘Selangkah Demi Selangkah’. Namun apakan daya….. semenjak memasukkan diri ke dalam dunia Affiliate Marketing (Affiliate Junction) kebanyakan post-post aku lebih tertumpu pada facebook. Tapi insyaaAllah dengan izin dariNya, akan aku cuba untuk penuhi sebulan sekali walaupun penulisan hanya pendek-pendek sahaja.

11180331_10202913825926843_9074643734833699850_n

Sudah terlajak berkata tentang bidang kedua yang aku ceburi kini, tiada salahnya untuk aku memberi sedikit sebanyak tentang apa itu Affiliate Marketing dan apa pula Affiliate Junction. Setidak-tidaknya warga Malaysia ada sedikit input mengenai bidang yang agak asing ini.

Aku percaya bahawa setiap daripada kita pernah mengunakan/ terdengar dengan nama-nama besar beberapa ‘Affiliate’ ONLINE seperti ZALORA, LELONG.MY, E-BAY, ALI BABA, dan bermacam-macam lagi diluar sana. Ini adalah contoh-contoh syarikat terkemuka ONLINE yang menjalankan perniagaan yang diberi nama Affiliate Marketing. Sebenarnya industry ini sudah pun mula bertapak sekitar tahun 1994 lagi, Cuma kita di Malaysia boleh dikatakan agak taboo apabila mendengar sisipan berkaitan Affiliate Marketing.

10420365_10152880183784303_5582168813774939849_n

Di Malaysia pula industry ini baru-baru sahaja ingin menampakkan kemunculannya sejak 2-3 tahun kebelakangan. Dan yang paling menarik sehingga membawaku ke lembah ini adalah, di ASIA sendiri atau juga mungkin di dunia, Malaysia dibawah Affiliate Junction adalah satu-satunya Affiliate Marketing PERTAMA yang menjalankan program OFFLINE dan ONLINE.

Kenapa Malaysia mampu lebih setapak berbanding Negara-negara lain? Pertama kerana Malaysia mempunyai MYKAD/iC yang padanya terkandung ‘cip’ hinggakan terdapatnya kepelbagaian fungsi di dalamnya. Sejuta tahniah juga diucapkan kepada mantan Perdana Menteri terhebat kita, Tun Dato Seri Mahathir Mohamad, kerana beliaulah yang mencetuskan idea dalam penghasilan kad pengenalan pelbagai-guna.

Kedua, tahniah juga kepada Dato’ Lawrence Teo yang merupakan pengasas kepada I-Synergy Universal sdn. Bhd. Kerana telah berani bangkit semula dan mengorak langkah setelah jatuh tersungkur daripada perniagaan terdahulu beliau. Mempunyai jiwa seorang ahli perniagaan yang cukup kental, menggunakan idea yang cukup bernas dengan menggunakan MYKAD/ iC sebagai platform perniagaan Affiliate Marketing dibawah penjenamaan Affiliate Junction dalam membangunkan Affiliate Marketing OFFLINE, iaitu MYKAD SMART SHOPPER (MSS).

bantu 3 pihak

Projek berstatus MSC dan mendapat pengiktirafan juga dokongan daripada MDEC ini sememangnya adalah ‘trademark’ Malaysia dan bakal berkembang ke seluruh pelosok dunia insyaaAllah. Keutamaan diberikan kepada 3 pihak untuk memperoleh manfaat secara bersama iaitu kepada:

Pemilik perniagaan: membantu dalam menigkatkan jualan juga mengurangkan kos pengiklanan juga promosi melalui kaedah yang sangat kos efektif!

Pemegang MYKAD/ iC: membantu dalam penjimatan ketika berbelanja dengan memperoleh rebat tunai juga mata ganjaran dengan hanya mengaktifkan MYKAD/ iC mereka secara PERCUMA sahaja melalui Afiliate yang berdaftar.

Affiliate/ agent sah: memperoleh pendapatan sampingan melalui projek ini secara berterusan dan seumur hidup. Dan berpotensi mewarisi perniagaan mereka ini kepada anak-cucu mereka.

Bagi orang awam yang berminat untuk mendaftarkan MYKAD/ iC mereka untuk dijadikan sebagai Kad loyalty/ DIskaun di lebih 1000++ premis-premis berdaftar, anda boleh hubungi atau whatsapps nombor +6017-7102140. Saya merupakan agent sah dalam mengaktifkan MYKAD/ iC anda.

Dan sekiranya berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang projek yang semakin berkembang ini juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut melalui penerangan secara personal oleh saya, saya sedia berkongsi peluang ini dengan anda yang serius secara percuma juga.

Sedikit sebanyak tentang Affiliate marketing/ Afiliate Junction melalui post ini. Fahami dengan ilmu melalui orang yang sedang melaluinya, bukan melalui cakap-cakap orang atau mungkin google anda.

Link ini juga membolehkan anda untuk mendaftarkan MYKAD secara PERCUMA.

layari www.mykadshopper.com untuk lebih detail.

Advertisements