Gunting Rambut Yang Bermakna!

Posted on October 9, 2015

0


Assalamualaikum pembaca Wallayahemmak yang budiman…. (ada ke pembaca, hehe~)

Semenjak join bisnes Affiliate JUnction nie, aku diajar untuk bercikpong dengan orang disekeliling. Aku nie sudahlah jenis penyenyap. Referrer aku, FRAA Faiz Parman suka benar menyuruh untuk aku bercikpong walaupun dengan stranger. Walaupun aku spesies yang memang tiap-tiap hari bertemu muka dengan pesakit, tetapi perwatakanku pabila luar dari skop kerjan memang sangat berbeza. Buktinya boleh tanya kepada ibuku sendiri. Dia sendiri tidak mempercayai yang aku boleh bercakap dan berbual dengan patient-patient.

Memang dah selalu sangat kena sound dengan ibuku, katanya aku ini tak suka bertanyalah… dengan patient pun taknak bukak mulut lah.. hehe…. Ibuku belum melihatku ketika aku dengan patient agaknya. Kalau dengan orang sekeliling memang aku pendiam. :p

Ok, esok insyaaAllah akan join program untuk para Affiliate yang diberi nama ASKL di PICC Putrajaya. Jadinya, malam ini aku kena segera mengerat rambutku yang sudah 2 bulan aku simpan. Maka seperti biasa, aku akan memecut ke Bandar Sri Putra dan terus ke kedai kegemaran untukku menggunting rambutku yang ikal mayang ini 😀

Kalau siapa-siapa yang pernah dengar tentang AJ, antara tugas seorang affiliate adalah mengaktifkan kedai. Kepala otak hari ini tetiba terfikir untuk mengaktifkan kedai gunting rambut yang selalu aku singgah. Tukang guntingnya memang aku tak kenal. Pada mulanya agak awkward jugalah untuk aku mulakan perbualan. Tapi tanpa langkah pertama iaitu aku sendiri yang memulakan bicara, pasti tiada apa-apa maklumat/info yang boleh aku dapatkan.

Maka dengan tabah memecah tembok kebuntuan aku pun memulakan bicara.

“ini kedai you bukak sudah berapa tahun ya?

“o00… ini bukan kedai saya boss, saya kirja sini saja….”

“ouh ya ka? saya ingat ini kedai you dengan kawan-kawan? bukan haa?”

“Bukanlah… saya bukan orang Malaysia…. saya orang India. Tokey kedai itu orang Tamil Malaysia punya. Saya kirja dengan dia saja…..”

“sudah berapa lama you kirja sini? gaji berpa dia bagi? ok haa kerja sama dia?”

“sudah 2 tahun boss…. boleh laa… gaji RM1400.00 sebulan. Saya suka kirja sama boss saya…. insurans suma ada dia bagi… hari tue saya masuk hospital itu serdang sana… kena denggi. Duduk 10 hari. Caj hospital RM4500.00. Itu suma boss tanggung. Saya dapat MC siap… boss memang jaga laaa…. ok laa….”

“o0o0… bagus ah you punya boss…. berapa ramai yang sama-sama kirja sini dengan you?”

“ada dalam 25 orang laa….. sikijap kirja sini….lepastu tukar pula tempat lain… ganti-ganti. Boss ada banyak kedai-kedai lain juga….”

“ouh, I ingat ini kedai saja…. dia ada banyak kedai haa… siap 25 orang perkerja! Itu boss memag pandai bisnes haa….”

Kagum betul aku dengan brother nie… baru 2 tahun menetap di Malaysia…. tapi kefahaman bahasa dia boleh aku bagi B juga lah….. bertutur…. memahami…. warga Malaysia sendiri pun belum tentu sebagus dia! Teringat aku tatkala belajar di Bumi Mesir… pelajar perubatan di sana diberi tempoh 6 tahun untuk menuntut ilmu Perubatan, tapi alangkah malangnya untuk bertutur dan berkomunikasi dalam bahasa Arab, even arab pasar sekalipun masih terkontang-kanting. Orang Melayu kita memang begitu. Hidup mesti nak sentiasa berada dalam keadaan selesa, langsung tak mahu mencabar diri cuba sesuatu yang baru. Hanya segelintir sahaja yang inginkan perubahan cuba untuk keluar dari zon selesa. Dan mereka-mereka inilah yang selalunya BERJAYA!

Nak berubah perlu ada tindakan…. andai duduk trpaku dalam zon selamat, alamatnya memang tak ke mana. Paling tidak pun CUBA….. berjaya gagal bukan urusan kita…. itu semua terletak pad Yang Esa. Yang penting, take the first step, usahakan langkah seterusnya…. kemudian mohonlah doa padaNya…. insyaaAllah akan diperkenankan. Jangan mudah putus asa. Andai jalan tiadak bertemu kejayaan…. jadikan ia sebagai pedoman untuk bangkit dan pergi lebih jauh pada masa hadapan. Yang penting kita telah melangkah…. dan gagal itu bukan sembarangan gagal… gagal itu adalah suatu pengajaran bermakna dalam kehidupan!

10984839_10205455437618060_240225105762963172_n

Advertisements