KayA ITU BerjayA?

Posted on September 22, 2015

0


Assalamualaikum wbt…

Zaman ini ramai yang mencari-cari kejayaan dalam diri dan hidup masing-masing. Ada yang mengiktiraf bahawa apabila anda sudah kaya-raya, maka anda adalah seorang yang berjaya. Atau mungkin anda perlu bergelar jutawan dalam bidang masing-masing, baru dikira berjaya. Atau juga… anda perlu menjadi pakar dalam apa yang anda ceburi.

Betul atau tidak… itu semua terpulang pada diri masing-masing bagaimana untuk anda nilai. Tidak sedikit juga yang mencadangkan bahawa untuk berjaya, kita WAJIB untuk mengikuti jejak langkah orang yang sudah pun terlebih dahulu mengecapi kejayaan.

Bagi diriku, ia adalah subjektif. Boleh jadi benar, boleh jadi tidak….. andai ingin berjaya…. sebaik-baiknya perlu ada guru. TETAPI ada juga syaratnya. Tak semua yang berjaya dalam bidang yang diceburi itu perlu hingga ke tahap WAJIB untuk kita ikut secara membabi-buta. Kita adalah seorang manusia yang diberi akal fikiran. Bagi orang ISLAM kita juga diberi garis panduan oleh ALLAH swt yang mana perlu dijadikan tauladan, yang mana mesti dibuang jauh-jauh terus ke sempadan.

1008069-uang-dollar-as-780x390

Maka seharusnya perlu untuk kita KAJI, KAJI dan KAJI…. itu yang terbaik. Andai orang yang lebih berpengalaman itu sungguh tinggi kejayaannya. Nilai pada landasan agama, betulkah setiap langkah yang diambil olehnya untuk sampai ke tahap itu? layakkah untuk kita ikutinya? Yang penting jangan kita lupa pada ilmu. Ilmu yang BERMANFAAT itu, tak kisah daripada siapapun ia datang…. kita sebagai ummat Islam digalakkan untuk mengutipnya. Manakala ilmu yang menyalahi syariat yang ditetapkan, cukup sahaja untuk kita katakan TIDAK kepadanya.

Pegangan hidupku untuk berjaya mestilah:

  1. Andai peluang muncul di depan mata, jangan cepat-cepat menolak. Cuba intai dan KAJI sebaik-baiknya.
  2. Sudah timbul kepercayaan, YAKINKAN diri untuk KELUAR DARI ZON SELESA. Langkah pertama adalah langkah yang paling sukar untuk bermula. Langkah seterusnya, insyaAllah lebih mudah.
  3. Cari ilmu… gunakan ilmu. TAPI pastikan ilmu yang bakal digunakan adalah sentiasa BERLANDASKAN SYARIAT, MENJAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH DAN MANUSIA.
  4. Strategi perlu ada… tapi JUJUR itu perlu.
  5. Jangan tamak. Bermula dari bawah dan belajar sedikit demi sedikit.
  6. Dari nombor 1 hingga nombor 5, YAKIN bahawa ALLAH pemberi rezeki dan kejayaan. Tiada yang selainnya. PERCAYALAH…..

Oh ya…. bukan semua manusia yang makan gaji atau memilih untuk berkhidmat untuk rakyat dan negara itu tidak mahu ‘move on’ atau tidak mahu keluar dari zon selesa. Jangan sesekali pukul rata. Sebab setiap pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang itu sebenarnya adalah IBADAH andai betul niatnya. Maka andai bertahun kerja BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT itu dibuat LILLAHI TA’ALA, adalah LEBIH MULIA berbanding kita yang kaya dan berharta, bebas masa dan kewangan, tetapi dengan cara yang tidak sepatutnya.

Be positive. Yakin Bahawa ALLAH swt Maha Pemberi Rezeki. Yang dikejar bukan dunia sahaja, AKHIRAT yang lebih UTAMA! 🙂

Advertisements
Posted in: Uncategorized