Syurga Itu Doa Ibumu….~

Posted on September 7, 2015

0


Bismillahirrahmanirahim….

20150907_115243

Hari ini bertemu dengan 2 orang warga tua berbangsa Cina. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Oh ya, mereka sangat fasih bertutur bahasa ibunda. Walaupun orang lama 🙂

Ketika nombor dipanggil, mereka masuk serentak. Dalam hatiku desus menyatakan ini mesti pasangan suami-isteri. Yang si isteri sudah membongkok tiga, berjalan dengan tongkat ditangan kanannya. Manakala si suami masih boleh berdiri tanpa alat bantuan. Cuma mungkin dia mengalami penyakit kata orang umum ‘Albino’ separa.

Selesai melihat isterinya… tiba giliran si suami pula.

Dengan pantas auntie tua tadi bersuara…. “ini doktor anak saya pulak…. Soh Ah Kor.” Bingkas bangun dari tempat duduk yang berhampiran denganku, walaupun kelihatan sedikit sukar dengan tongkat dan bongkok tiganya. Pantas mencapai tangan anaknya untuk duduk di kerusi tadi, menerangkan satu-persatu sakit anaknya yang hanya sekadar batuk-batuk kecil dan gatal di kulit.

Kagum…. terharu…. melihat pada umur ‘auntie’ atau sebenarnya nenek tadi, umur beliau ialah 80 tahun. Dalam sakitnya, anak yang dikandung 10 bulan masih lagi dijaga dengan penuh kasih-sayang. Walaupun sakitnya melebihi sakit anaknya.

Melihat situasi kini, kadang-kadang kita sebagai anak sendiri berasa malu pabila ibu atau emak kita keluar jalan bersama, makan bersama.. beriadah bersama…. kalau boleh cuti keluarga hanya kita-kita sahaja. Malulah rasanya nak bawa orang tua untuk seiring dengan kita. Malu takut orang kata…” aiii.. dah besar panjang pun masih duduk lagi bawah ketiak mak ke??” Itu sebenarnya kata-kata manusia yang kurang nilai dalam memberi. Sedangkan di dalam hadis pun acap-kali menyatakan tentang IBU….

Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya, aku bertanya Rasulullah s.a.w: “Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya”.  (Hadis Riwayat Tirmizi)

“Sesiapa yang membuat ibu dan bapanya gembira (memberi keredhaan), maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t”.  (Hadis Riwayat Bukhari)

Sunguh, kasih ibu itu sampai ke syurga. Hanya yang bergelar ibu akan merasai betapa anak-anak mereka merupakan suatu anugerah tak terhingga yang diberikan oleh Yang Maha Esa.

Kedua orang tuaku berada di Korea. Bila aku nyatakan bahawa aku sangat rindu kepada anakku Syifa yang hanya bertemu setiap hujung minggu… ibuku yang berada di Korea terus menyampuk ” dah dapat anak baru tau ke rasa rindu tue!??” oh, sungguh sentap rasanya. InsyaAllah minggu depan kita jumpa ya ibu ( walaupun cuma 2 minggu, balik for good nanti kita berjimba bersama!) :p …. love U lillahi ta’ala ibu…

IMG-20150227-WA0010

Advertisements
Posted in: Uncategorized