Berhenti Membesar!

Posted on September 5, 2015

0


11947657_10152984007706436_7178142471628019523_n

bismillahirrahmanirrahim…..

Hari ini genap umur anakku Nur syifa’ Humaira 56 hari. Lagi 4 hari maka 2 bulan lah ia. Pantas sungguh masa berlalu. Terasa seperti baru semalam dia dilahirkan… terasa baru sahaja aku azankan di telinga kanannya, aku iqamahkan di telinga kirinya.

Aku masih teringat, sebelum mula mendirikan rumah tangga… terutama ketika di tahun-tahun Universiti. Suka benar melayan anak-anak ustaz ustazah yang umurnya lingkungan setahun dan ke atas. bermain dengan mereka, mengendong mereka. Melihat gelak tawa sehingga memberi semangat untuk aku juga punyai anak suatu hari nanti. Tatkala melihat bayi-bayi kecil pula, yang asyik merengek dan seperti tidak tahu apa-apa walaupun diacah dan disergah, reaksi sama sahaja membuatkan aku berfikir kembali….. “macam susah je bila dapat anak nie… susu nak kena buat. Dah layan macam tak tahu apa pula….. kan best kalau lahir-lahir saja terus membesar… boleh ajak main, boleh ajak berlari ke sana ke mari…. dengar hilai tawa hingga tak kering gusi!” gersik hatiku….~

Semalam dibelah mertua di Johor mengadakan majlis isytihar nama anak dan majlis tahnik. Pertama kali aku dengar ada majlis sedemikian rupa. Memang hanya di Johor sahaja majlis-majlis seperti ini. Selepas bacaan Yassin dijalankan, diekori pula dengan majlis salawat, tahnik dan isytihar nama. Siap ber’teks’ bagai! haha…. kaget aku dibuatnya. Memperkenalkan anak kami kepada para hadirin… menguyah kurma hingga lumat, kemudian diberi rasa kepada buah hati tersayang dengan menggunakan jari manis. Terus dihisapnya…. macam sedap sangat riak wajah si Syifa’ ku ini… maklumlah kali pertama rasa benda manis… hehe….~

Tika dia tidur di dalam buaian pada belah malamnya… kuperhati dekat… sambil berfikir…. Ya Allah, kenapa sekejap sangat dia membesar? rasanya baru semalam dia dilahirkan. Sayu… syahdu… lebih terasa pabila aku hanya berjumpa umminya dan dia pada hari minggu sahaja. Memang seronok melihat perkembangannya sedikit demi sedikit. Walaupun umur baru sebulan setengah, tapi sudah pandai memberi respon pabila di agah. Rambut yang dulunya dicukur kini semakin lebat tumbuh. Dulunya seperti terkial-kial menyusu badan, asyik-asyik mengamuk.. kini tidak lagi. Sekali letak terus pandai…. Alhamdulillah atas segala nikmat Allah swt. Tapi itulah…. masa semakin pantas mengejar dan meninggalkan kita…. cuma kita sebagai manusia samada sedar ataupun tidak sahaja.

DOakan semoga anakku Nur Syifa’ Humaira ini menjadi anak yang solehah, membesar dengan sihat dan bakal menjadi pejuang agama suatu hari nanti insyAllah… Doakan juga kami sekeluarga kekal bahagia. Semoga doa anda semua dimakbulkan kembali untuk anda juga…. ameen Ya Rabbal ‘alamin…~

Advertisements