SemogA UkhuwaH KitA KekaL BertauT….

Posted on April 24, 2011

4


Assalamualaikum wbt…..

Alhamdulillah wa syukrulillah, setelah hampir 2 bulan ditinggalkan, akhirnya terusik jua laman ini. Mudah-mudahan diberi kemudahan oleh-Nya untuk terus aku titipkan sebutir dua bicara dalam memberi, lantas untuk diri ini yang sebenar-benarnya jahil disisi-Nya. Suka benar untuk aku memperingati diriku & sahabat-sahabat sekalian bahawa, rasulullah SAW pernah bersabda: “sebaik-baik manusia itu adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia yang lainnya.” Sama-sama kita bermuhasabah diri insyaAllah.

 Oh ya, teringat aku pada kata-kata Prof. 3aala Idris, pakar Opthalmologist yang mengajar kami, “what is the value for you to know everything, but doing nothing!” 200% setuju dengan kata-kata beliau. Apalah gunanya ilmu andai tidak disertai dengan amal, apalah gunanya kemahiran itu dirantai erat andai tidak diguna-pakai untuk kebaikan ummat! Selari bukan dengan seruan Rasulullah SAW dalam mengajak ummah agar menyebar-luaskan dakwahnya walaupun dengan hanya 1 ayat.

 ************************************************************************************

Rindu Yang terubat…^^

 

promo2: ijad, amir, hise, syimi, naza, buk, & abid... sume still single =p

promo2: ijad, amir, hise, syimi, naza, buk, & abid... sume still single =p

Setelah sekian lama smart circle(usrah) tertangguh sejak bermulanya fatrah thaurah(revolusi) rakyat Mesir, ditambah dengan musim imtihan tahun 5 yang dianjak untuk beberapa kali, Alhamdulillah berjaya juga untukku & Johannas^^ merancang dan mengadakan perjumpaan SC kami untuk kesekian kalinya. Dan yang membuatkan kami lebih terharu =’), kesemua 12 sahabat-sahabat SC  dapat dikumpulkan pada malam tersebut, Alhamdulillah…. Terubat rindu ini pada kalian, mudah-mudahan ia menjadi suatu kelaziman dalam mewujudkan biah solehah di bumi Iskandariah ini insyaAllah…. =)

 Seperti biasa rutin SC kami, membaca dan mentadabbur sedikit ayat-ayat suci Al-quran dan surah Al-Kahfi menjadi pilihan. Kemudian diserikan lagi dengan tazkirah daripada akhi Bukhari berkaitan dengan “Kewajiban Remaja Muslim.” 4 isi-isi penting yang disenaraikan beliau cukup menarik untuk dikongsi bersama:

1)      Memahami Islam dengan kefahaman yang sebenar-benarnya

2)      Menzahirkan dengan amalan-amalan

3)      Sunnah Rasulullah SAW dijadikan ikutan

4)      Menyebarkan kepada masyarakat tanpa dibanding-beza statusnya.

MasyaAllah…. Kemas sungguh penilaian beliau. Dan jika ingin dipetik dari buku “Waajibul Syabab’ karangan Syeikh Prof. Dr. Al-Qardhawi, hampir sama seperti yang telah diperjelaskan, dengan 4 perkara juga yang dititik-beratkan kepada kita selaku Remaja Muslim kini:

 1)      Kewajipan memahami Islam dengan kefahaman yang sebenar-benarnya

2)      Kewajipan beramal dengan Islam

3)      Kewajipan berdakwah kepada Islam

4)      Kewajipan bersatu diatas Islam

Tazkirah diakhiri, perbincangan cuba untuk aku rancakkan. Walaupun masing-masing mungkin sedikit malu untuk bersuara, al-maklumlah setelah sekian lama tak berjumpa, hehe. Setelah diasak secara halus, mereka mula bersuara…seorang demi seorang cuba untuk mengulas kembali isi yang disampaikan oleh akhi Bukhari. Khulasah yang boleh kami buat, adalah betapa pentingnya usia remaja ini dalam menggerakkan usaha dakwah, dan tidak lupa juga kepada menjalankan amar ma’ruf nahi mungkar. Lihat sahaja pada tafsiran surah Al-‘Asr, Allah swt. Sendiri telah menyatakan kepada kita, tidak cukup dengan hanya iman dan amal soleh, bahkan dengan memberi wasiat (ya’ni berpesan-pesan) dengan kebenaran tersebut maka manusia terlepas daripada kerugian seperti dinyatakan. Jika diteliti kembali kepada maksud “berpesan-pesan”, disitu telah berlaku 2 tindakan daripada 2 pihak yang saling menasihati dan inilah makna tawasi(saling berpesan-pesan).

anas, asip, paiz, fakhrul....senyum sokmo!

anas, asip, paiz, fakhrul....senyum sokmo!

Solat juga merupakan main topic perbincangan kami. Pelbagai idea cuba dilontarkan. Dengan semestinya solat sebagai tiang agama sering disebut berulang-ulang kali supaya tertanam utuh di dalam hati masing-masing. tanpa solat, maka runtuhlah agama. “Adakah cukup dengan sekadar solat sebagai pengukuh kepada agama? Apakah lagi yang mencantikkan agama itu lantas dilihat indah dimata ramai? Makanya yang mengisi dibalik-balik tiang itulah sebagai pelengkap kepada Islam itu sendiri, iaitu akhlak islamiyah.” akhi Hise menambah dengan penuh semangat, memetik pada kalam ulama di negeri Cik Siti Wan Kembang tempat kelahirannya. Benar sungguh, seandainya solat yang didirikan cukup 5 waktu sehari semalam, tetapi akhlak sesama manusia, juga kepada Sang Pencipta tidak juga terpancar sinar Islaminya, maka harus dinilai kembali kualiti solat tadi. Kerana kesyumulan Islam itu merangkumi kesemuanya, daripada Ibadah hinggalah kepada akhlak penganutnya…. Cacat salah satu, maka buruk penilaian keseluruhannya.

mee bandung sket! =D

mee bandung sket! =D

Banyak tips dikongsi sesama mereka, dengan akhi Mori(fittry) mengingatkan kepada kami tentang fitnah Dajjal akhir zaman yang kemungkinan besar sudahpun keluar, dan dilengkapkan dengan perkongsian doa oleh akhi Abid dalam menangkis perihal yang telah disebutkan.

dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w bersabda:

“Bila seseorang selesai membaca tashahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu: ‘ Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari siksa neraka jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah dajjal’. [Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan utk dirinya sesuai kepentingannya]”.

(Hadith riwayat Muslim, Abu ‘Awanah, Nasa’i dan Ibnu jarud dalam al-muntaqa [27].)


suatu ilmu yang tidak seharusnya kita lupakan, dan boleh dijadikan sebagai amalan harian insyaAllah.

Sebuah lagi doa yang dikongsi oleh akhi Anas Hadi, walaupun pada mulanya kelihatan senyap, tetapi berjaya menambah perkongsian ilmu buat sahabat-sahabat yang lain. Syukran Anas berserta Quran kesayangannya, hehe ~ katanya,

doa yang dibaca oleh Nabi Ibrahim a.s pada setiap kali berdoa selepas solat, azan dan iqamah, iaitu dalam surah Ibrahim ayat 40 dan 41 yang bermaksud:

Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat, dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah keampunan kepadaku, dan kepada kedua ibu bapaku serta kepada orang-orang yang beriman pada hari berlakunya Hisab.

Sebelum berakhir, kami setuju sebulat suara untuk masing-masing cuba sedaya upaya dalam menunaikan solat secara berjemaah(ingat janji-janji kita ya…=p) bagi setiap 5 waktu [alahai subuh kesayanganku…T_T]. Semoga kita semua diberi kemudahan  dalam menggapai redha-Nya insyaAllah….

 Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda).

[Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

 Terpancar dimuka masing-masing wajah kelaparan, Syimi terutamanya…. haha. Biasalah, pengisian rohani harus diseimbangkan juga dengan pengisian jasmani kerana Islam tidak pernah menafikan salah satu daripadanya….=)

siapa punya laa tercicir nie....

siapa punya laa tercicir nie....

p/s: siapa tertinggal mangkuk biru dirumah ana… boleh tuntut sesegera mungkin…

Advertisements
Posted in: mY LiFe, PeringataN