CintA KampuS… =)

Posted on October 15, 2010

18


Bismillahirrahmanirrahim….. Assalamualaikum wbt.

masyaAllah, sudah 2 bulan lebih rupanya tidak aku titipkan sebarang coretan di blog “Selangkah Demi Selangkah” ini. Masakan tidak, setelah tamatnya musim imtihan bagi semester yang lepas, pelbagai rancangan sudah aku atur demi memenuhi cuti musim panas agar tidak dibiarkan kosong tanpa terisi. Alhamdulillah, segala ruang masa yang ada, penuhku ukir dengan 1001 pengalaman, puas aku coret dengan segunung kisah kehidupan. Semoga setiap langkah yang telahku lakar bukanlah suatu yang sia-sia belaka, malah dirahmati dan diredhai dengan rahmat ilahi insyaAllah….

umrah.... rindu tanah suci tak hilang lagi...=) [sebelum botak]

umrah.... rindu tanah suci tak hilang lagi...=) sebelum botak

Apa yang menarik kali ini ya? Rasa kekok sebenarnya pabila ingin mula menulis kembali, setelah 2 bulan tidak terasah jari-jemariku dalam menaip butir-butir “keypad” di laptop kesayangan ini. Rasa ingin berkongsi dalam diri ini cukup kuat bergelojak, tapi apakan daya…. Factor masa menjadi penghalang, factor ilmu yang kurang juga sebagai penghadang, cukup untuk membuatkan diri ini static di takuk lama, aisH~ Walaubagaimanapun, itu semua factor dalaman yang lahir dari dalam diri sebagai alasan yang sering diguna pakai.

Semester baru kali ini, suatu perubahan besar telah dicatat oleh batchku secara majoritinya. Cerita yang seringkali dibual ramai, tidak kiralah di dewan kuliyah mahupun di kedai kebdah rahman atau “disease” sekalipun. Walaupun sudah hampir 2 minggu lebih kelas bermula, kisah 8 pasangan mempelai masih lagi dibincang, ucapan tahniah masih lagi diberikan, terlakar senyuman x-raja sehari. Barakallahulakum wa Baraka 3alaykuma waja 3aala bainakuma fil kheir insyaAllah…. Alfu mabruk diucapkan kepada yang telah melengkapkan separuh daripada iman mereka, yang mana separuh lagi harus dipenuhi dengan amal soleh yang lain.

paan n saadah...kan saye kate, muke deme nie berseri-seri. Hehe! =p

paan n saadah...kan saye kate, muke deme nie berseri-seri. Hehe! =p

Benar belaka kata orang ramai, air muka si pasangan baru memang cukup berseri, tenang jiwa tiap masa hingga yang melihat pun tenteram damai rasanya, hehe! Manakan tidak, penghalalan secara mutlak daripada agama itu sesungguhnya amat mententeramkan, bukan sahaja physically, malah secara spiritually juga(jangan salah faham, please be opened, hehe! =p). jelas terpampang jalan yang diberikan oleh Allah swt, tiap sesuatu yang dihalang itu, pasti ada cara penyelesaiannya. Sungguh adil agama Allah ini, cuma kita sahaja yang sering dibayangi oleh adat istiadat lama yang sangat menggerunkan. Bukan hendak menyalahkan adat, tetapi jika ianya tidak berlandaskan syariat, porak-perandalah jadinya. Jangan biarkan adat mengawal Islam, kerana sesungguhnya Islamlah yang sebenarnya telah memperhebatkan adat.

kudin n isteri... [sabau kudin, nanti sampai la tue....=)]

kudin n isteri... sabau kudin, nanti sampai la tue....=)

kau nie generalized sangatlaaa bro…. mana bulih ko royak gitu. Abis takkan kita nak salahkan mak ayah yang suruh habiskan study dulu” Yup, betul..betul…betul! padangan aku di atas adalah untuk yang benar-benar berkemampuan dan betul-betul telah bersedia(dalam ertikata cukup syarat-syarat yang melayakkannya).  Pandangan mak ayah harus juga diambil kira, asam garam telah mereka rasa terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi aku cukup optimis bahawa mereka lebih memahami tahap keupayaan dan kesediaan anak yang telah mereka pelihara selama 20 tahun lebih. But everything is flexible, bagi yang rasa sudah sampai masanya, yakinkan orang tua anda terlebih dahulu, tunjukkan bahawa anda mampu dan sudah cukup serius untuk mengemudi bahtera rumah tangga(ceH, nie bukan galakan yer!=p).

bait muslim pemudah cara..... sila-sila!! =D

bait muslim pemudah cara..... sila-sila!! =D

Perbincangan demi perbincangan telah aku dengar. Sungguh, besar impak yang dibawa oleh “bait muslim”, merangsang pelbagai fikrah yang dahulunya cukup pesimis tentang perkahwinan di alam kampus. Ada yang positif, ada yang negatif ada juga yang masih tercari-cari jawapan. Semua ini bagiku adalah hikmah yang diturunkan Allah yang mengajak kita supaya senantiasa berfikir dan terus mengkaji, bukan hanya duduk membatu diri menunggu takdir dari Ilahi. Paling tidak masyarakat kita disini tidak membazir masa berbual kosong dengan perkara-perkara yang tidak membawa ke mana-mana hala tuju, tapi lebih memikirkan tentang hukum-hakam persoalan rumah tangga, persediaan jati diri yang perlu dibuat, dan pelbagai perkara yang bagi aku sudah sampai peringkat masanya untuk masing-masing fikirkan, iaitu masa depan.

atep n suhaili.... pasangan bahagia. dapat jugak duduk kat Azarita, rezeki orng kawen, hehe!

atep n suhaili.... pasangan bahagia. dapat jugak duduk kat Azarita, rezeki orng kawen, hehe!

Pernah terbaca di satu blog(baik cari info dari duk melayan gambar-gambar di fB, huhu!), Imam Ghazali pernah berkata, “pendidikan terhadap anak-anak bermula 20 tahun sebelum kelahiran anak.” Errr…. 2-3 kali juga aku ulang-alik ayat nie. Sedikit kepeningan pada mulanya. Memang benar kata Imam Al-Ghazali diatas, bukan mudah hendak membina sebuah rumah tangga, memiliki isteri yang solehah, seterusnya cahaya mata yang bukan sahaja sebagai pengikat kasih dan sayang, malah sebagai semaian kita setelah mati, lantas dituai diakhirat kelak. “Islah nafsak, wad3u ghairak”, perbaiki dirimu, dan serulah orang lain.

saya-nak-jadi-anak-soleh....

saya-nak-jadi-anak-soleh....

Mampukah kita untuk menjadi contoh kepada anak-anak kelak? Bagaimana dengan keadaan diri sebelum-sebelum ini, sesuaikah untuk ditonton tayang kepada isteri/suami dan anak-anak yang bakal menjadikan kita sebagai role model mereka? Yang akan meng’copy-paste’kan akhlak kita di dalam hard disc mereka? “Kerana apa harus dipersoal kehidupan lampau, yang tinggalkan hanyalah sejarah semata? Kahwin nanti kita binalah hidup baru….mudah!” Tidak semudah yang disangka sahabat, perubahan memerlukan masa. Sungguh mudah dilafaz dengan kata-kata, tetapi cukup sukar untuk dilaksana. Kawan-kawan kita kan selalu berseloroh, “ lu cakap senanglaaa…cube buat sket…haaa!” memang itu lumrah manusia.

fadel n atum.... sambal tempoyak ader lagi ker? nak maghi rumah nie...haha!

fadel n atum.... sambal tempoyak ader lagi ker? nak maghi rumah nie...haha!

nak tunggu bebetul ready(lame tue 20 tahun!!), sampai berjanggut pun tak kawen aku agaknya” ujar seorang kenalan. Hmmm, sukar juga ya. Makanya, sejarah yang lepas kita jadikan sebagai pedoman untuk membimbing diri pada hari ini, agar tidak tersasar di kemudian hari. Mulakan dari sekarang, latih diri untuk cuba istiqamah hatta sudah sampai masa untuk berumah tangga, kerana setiap detik kehidupan yang dilalui juga merupakan proses-proses pembelajaran dalam meniti kehidupan yang bakal mendatang.

ثلاثة يا على لا تؤخرهن : الصلاة إذا أتت , والجنازة إذا حضرت , ولأيم إذا وجدت كفؤا

Maksudnya : “Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah di lewat-lewatkan. Yang pertama : Solat apabila telah masuk waktunya, yang kedua : Jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga : anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya”.

p/s: “mana mungkin sebuah keluarga bahagia dibina di atas sampah sarap kemaksiatan…” ustaz ilias ahmad

Ouh ya, coretan ini tidak membawa erti penulis sedang ke arah itu, malah lambat lagi sebenarnya….heH!! =p Sekian, wallahu 3alam…..

Advertisements