~Innalillahi wa inna ilaihi rooji3uuN~

Posted on March 12, 2010

1


Salam alaykum wbt…..

Tanggal 11 Mac 2010 merupakan satu tarikh yang cukup sukar untuk aku lupakan. Dikala pelajar-pelajar Perubatan Iskandariah sibuk menelaah pelajaran, diwaktu kami cuba memperkuatkan hafalan [terutama bagi tahun 4 dan tahun 1], pelbagai peristiwa pahit berlaku semenjak dua menjak ini.

KEMATIAN……

Dengar sahaja bunyinya, sudah cukup menggerunkan pelbagai jiwa. Terasa sahaja bahangnya, telah mampu mengingatkan kita kepada yang Esa. Benarlah janji tuhan kepada makhluknya, maut itu tidak mengenal usia, tidak mengenal tempat, juga tidak kenal apa itu masa…. Maka berwaspadalah kita pada setiap detik waktu. Sesungguhnya manusia yang paling berjaya di atas muka bumi ini adalah yang senantiasa berfikir tentang saat tiba hari kematiannya.

10 Mac 2010, masyarakat Islam sedunia telah digemparkan dengan kehilangan tokoh ulama yang paling berharga, Syeikhul Azhar Syeikh Muhammad Sayyid at-Tantawi. Kemudian, pada hari yang sama juga, seorang professor Anatomy, Prof. Dr. Farid al-Gebaly[buku karangan beliau banyak dikaitkan dengan Al-quran….Subhanallah! Sebagai contoh seperti buku embryology didalam artikel ‘Hanyut’ ini] juga telah dijemput untuk bertemu yang maha Esa.

Dan malam semalam, warga PERUBATAN Malaysia di Mesir dikejutkan lagi dengan kematian seorang pelajar tahun 1 Perubatan Tanta, Allahyarham Ahmad Sahran Bin Ahmad Khan di Iskandariah. Terkejut bukan kepalang apabila mendapat berita kematian arwah. Manakan tidak, lokasi kejadian hanya beberapa tapak sahaja dari tempat kediamanku. Mendapat sahaja berita, aku melangkah laju bergegas ke tempat kejadian. Dari jauh, jalan kelihatan cukup sesak dengan kenderaan. Selangkah demi selangkah aku hampiri kawasan kejadian yang dipenuhi ramai orang yang ingin tahu apakah yang sedang berlaku, sesak! Setibanya aku dikawasan kemalangan, menggigil kakiku melihat arwah terbujur kaku. Sedih mengenangkan kembali wajahnya yang sempat aku tatap sebelum diangkat polis untuk dipindahkan ke dalam ambulans. Walaupun tidak pernah bersua muka dengan arwah, tapi hingga saat ini masih terngiang-ngiang dimindaku, sekujur tubuh kecil yang terbaring kaku…..

Innalillahi wa inna ilaihi rooji3uun….. dari Allah kita datang, kepada-Nya jualah kita dikembalikan. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh dan memperoleh rahmat-Nya insyaAllah…..

Beberapa gambar yang sempat aku snip dari fB ummi medic mesir…. Sebak membaca kiriman arwah kepada Ummi sebelum meninggal. Moga keinginannya untuk berubah diterima oleh Allah swt hendaknya.

Rasulullah SAW bersabda :
“Apabila mati seorang manusia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara. Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang berdoa untuknya”

warkah buat ummi tercinta......

warkah buat ummi tercinta......

Al-fatihah.....

Al-fatihah.....

perkembangan tentang kejadian akan di’update’ dari semasa ke semasa di PO Iskandariah

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ فَإِذَا جَاء أَجَلُهُمْ لاَ يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلاَ يَسْتَقْدِمُونَ

Tiap-tiap umat mempunyai ajal (batas waktu), maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak pula dapat mempercepatkan.             (surah al-aaraf:34)

AL-FATIHAH……

Advertisements
Posted in: mY LiFe