~…HanyuT…~

Posted on February 18, 2010

6


Assalamualaikum wbt…….

2 minggu igaazah yang diberikan university Iskandariah hampir berakhir tidak kurang 24 jam dari saat ini. Apabila difikir-fikirkan kembali, apa yang sudah aku lakukan yer untuk masa-masa terluang yang diberikan? Takut-takut masa yang lapang itu berlalu begitu sahaja, tanpa sebarang penambahbaikan dalam diri ini. Aduuh, risaunya…. Imtihan pula semakin hampir, namun subjek-subjek atau topic pembelajaran dalam unit internal medicine nie masih lagi kabur-kabur dibuatnya. Sudahlah baru sahaja terperasan, untuk imtihan OSCE kali ini di’include’kan sekali pembelajaran di unit diabetes yang lepas. Inilah yang orang tua-tua sering ingatkan, “jangan sudah terhantuk, baru nak terngadah.” HaiH~ Tambahan, exam untuk subjek radiology kemungkinan besar dibuat pada hari Rabu akan datang. Makhsyuk-makhsyuk… huhu!

 

Blue Hole..... lubuk nak snorkeling kat Dahab.... sinilah tempatnya

Blue Hole..... lubuk nak snorkeling kat Dahab.... sinilah tempatnya

Seminggu pertama, banyak aku habiskan dengan mentafsir keindahan ciptaan tuhan(cewah…=p). Buat julung-julung kalinya, Perubatan Cawangan Iskandariah mengadakan jaulah ke semenanjung Sinai dan Dahab. Tanpa disangka-sangka, pengarah bagi jaulah untuk pertama kali diadakan ini telah digalas dengan cukup berdedikasi oleh pelajar tahun 1, saudara Amiruddin berserta sahabat-sahabatnya yang lain. Walaupun baru pertama kali menguruskan program, namun hasilnya boleh aku katakan teramat membanggakan (kene kipas lebey, nanti boleh jadi pengarah lagi.. hehe!). walaubagaimanapun, aku cukup berpuas hati dengan trip pada kali ini. cukup banyak yang aku peroleh. Dari sejarah Negara Mesir sendiri, disusuli juga dengan sirah-sirah nabawiyyah yang diceritakan oleh Ustaz Saifullah Misroo sebagai ketua musyrif, juga rakan-rakannya yang lain banyak mengajar kami kisah-kisah ummat terdahulu yang boleh diteladani dan dijadikan pedoman bersama.

”]kami di puncak Saina'.... minum syai dulu....[LE 5 secawan....hehe!]

Surah al-Anbiya’ ayat 16:

وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاء وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا لَاعِبِين 21:16

Dan ingatlah, tidak kami ciptakan langit dan bumi serta segala yang ada diantaranya secara main-main.

Untuk pengetahuan, sebanyak 4 trip telah pun dirangka bagi memenuhi tarikh-tarikh yang bersesuaian untuk setiap batch kerana terdapatnya batch yang masih lagi di dalam fatrah imtihan final. Batch 4th year digabungkan bersama batch 1st year, manakala 3rd year akan bergerak sekali bersama-sama dengan batch 2nd year. Dan ini merupakan satu peluang untuk merapatkan lagi ukhuwah antara kami supaya lebih mengenali walaupun jurang umur yang agak ketara. (aih, asal macam laporan plak nie… sengaL tuL laa, haaha!). Apa-apapun, kesimpulannya trip nie memang best, hehe! Meninggalkan 1001 kenangan yang tak mungkin aku lupakan. =p

moga ikatan ukhuwah yang dibina.... keakhirnya....~ hehe!

moga ikatan ukhuwah yang dibina.... keakhirnya....~ hehe!

(Serius-serius, haiH~….)

Hanyut…. Apa yang hanyut sebenarnya? Kapal hanyut, haha! [blog rahim =p]. congak punya congak, sudah hampir 2 dekad kehidupan kita diatas muka bumi Allah ini. Namun, banyak manakah yang telah kita lakukan…. Untuk diri-sendiri, untuk ibu-bapa, keluarga, apatah lagi agama? Dalam sedang asyik menelaah buku pathology(untuk 2nd year), atau parasitology(3rd year) juga dalam kita khayal berpractikal OSCE(budak internal medicine terutamanya, hehe!), cuba kita imbas-imbas kembali sejarah kehidupan penciptaan diri ini. Alangkah ruginya kita sekiranya masa yang diperuntukkan tidak disusun dengan rapi, tidak dirancang inti pengisian dengan teliti.

Pernah dengar bukan pepatah arab yang berbunyi:

“Rukuud eL maa’ yufsiduhu, firaagh assyaab yaqtuluhu”

Air yang bertakung tidak mengalir akan dirosakkan oleh statiknya itu, pemuda yang banyak akan masa lapangnya akan dibunuh oleh masa lapangnya itu

we call it "longkang"... longkang pun ada yang mengalir, huhu!

we call it "longkang"... longkang pun ada yang mengalir, huhu!

sai yoke waterfall.... kan cantik kalau mengalir. orang nak mandi pun senang hati.

sai yoke waterfall.... kan cantik kalau mengalir. orang nak mandi pun senang hati.

Kalau sahabat-sahabat semua masih ingat pada buku “Essential Of Human Embryology” karangan Prof. Dr. Farid F. El Gebaly, sewaktu diselak lembaran kulit pertama buku tersebut, tertera beberapa potong ayatul Quran yang membawa kita kepada kisah kejadian manusia. Diciptakan dari saripati yang asalnya tanah. Kemudian dijadikan saripati itu air mani yang disimpan kukuh di dalam rahim. Kemudian dari air mani itu terbentuk segumpal darah yang bertukar kepada segumpal daging. Dan dari segumpal daging itu terciptanya tulang-belulang dan akhirnya dibungkus akan tulang-tulang tersebut dengan selaput daging kembali. Subhanallah, Maha suci Allah… Dialah sebaik-baik Pencipta. Dan kita pula sebaik-baik kejadian.

 

embryology..... time 1st year dulu-dulu....

embryology..... time 1st year dulu-dulu....

Setelah sempurna hakikat penciptaan manusia itu, maka ditiupkan ruh serta diikat janji antara tuhan dengan makhluknya. Janji inilah yang akan menjadi bukti kepada setiap gerak kehidupan seseorang di akhirat kelak. Orang kata, bila dah janji tue… kenalah tepati… kalau tidak, munafiklah peneman diri.

Allah Taala berfirman yang bermaksud:

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (Firman-Nya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka menjawab: BENAR, KAMI MENJADI SAKSI. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari Kiamat kelak: Sesungguhnya kami orang yang lalai tentang (hakikat tauhid) ini” el A’raf (7:172)

lupe dah subjek nie... huhu!

lupe dah subjek nie... huhu!

Sebenarnya, main point untuk post kali nie adalah untuk mengajak rakan-rakan sekalian kepada sebuah nasheed dari kumpulan UNIC. Dalam banyak-banyak lagu yang dinyanyikan setakat nie, lagu ”HANYUT” nie paling menarik minat aku, hehe! Siapa dah pernah dengar tue, dengar laa lagi skali yer… manalaa tahu, takut-takut terlupa kepada isi yang ingin disampaikan. Manakan tidak, rancaknya pun dah cukup menarik perhatian! xD. paling kurang, amik isi yang ingin disampaikan….. bermakna sungguh… hehe!

Hanyut

Album : Langkah Tercipta
Munsyid : UNIC

Cipta… dari segumpal darah,
jelma seraut wajah,
rahsia agungnya kudrat Tuhan.

Dan dihembuskan nyawa,
diikatkan janji…..,
tunduk hanya…. kepadaNYA.

*Namun hakikatnya hidup sarat pesona dusta,
dugaan tuk menguji kehambaan,
tiada tempat berlindung dari fitnah dunia,
selain….. perlindunganNYA.

Berkurun terukir sejarah alpa,
manusia dihanyut indah yang fana,
terlupa pada fitrah wujudnya,
hanya ditaraf hamba.

Tenggelam pada bisikan dunia,
tak sedar langkah mudik ke sengsara,
tergoda pada hasut sengketa,
rebut fatamorgana.

repeat (*)

Telah disuluhkan laluan,
diberi segala pedoman,
teriring akal dan fikiran,
mengapa kehilangan.

Telah tertulis pengakhiran,
pada selembar takdir insan,
jiwa yang penuh penyerahan,
Itu yang dijanji syurga.

repeat (*)
rebut fatamorgana 3x

Okies, semoga bermanfaat!… Salamullahi3alaykum!

Advertisements