Assalamualaikum wbt…. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar… walillahilhamdu. Taqabbalallahu minna waminkum. Kullu sanah wentum toyyibeen. Selamat hari raya Aidil Adha (1432H) diucapkan kepada semua. Alhamdulillah atas segala nikmat kurniaan-Nya ke atas diriku yang seringkali melampaui batas diri sendiri. Aku memohon ampun dan taubat, serta syukur kehadrat-Nya, mudah-mudahan dengan sifat keampunan-Nya yang melangkaui kemurkaan-Nya, kita semua senantiasa dibawah lembayung rahmat yang Esa insyaAllah…. dengan syarat teruslah memohon taubat yang sebenar-benarnya sejurus terlajak melakukan dosa, jangan lagi bertangguh!
Amar Ma’ruf Nahi Munkar. Perkataan yang seiring sejalan, tak mungkin untuk kita pisahkan. Mengapa diletakkan sebegitu ‘intim hubungan’ dua perkataan ini? adakah sekadar untuk bersahaja? atau mungkin Allah swt ingin kita sebagai manusia yang diberi akal fikiran untuk mencongak sejenak tentang dua kalimah yang cukup ‘Azim ini.
************************************************************************************************************
situasi-1:
“Uish, hari dah nak masuk maghrib nie… lagi 10 minit jer tinggal. aku rasa hari nie aku nak pergi rumah Aqif lah, buat-buat ziarah & boleh ajak ahli beit dia terus pergi solat sekali kat masjid bawah.” monolog amir sendirian… maklumlah, penghuni rumah Aqif memang liat benar nak solat berjemaah di Masjid. Mungkin suasana rumah mereka kurang mempengaruhi. Dengan pantas Amir membuka larian anak untuk naik ke rumah ‘member’nya yang berada di tingkat 7 imarah Muhajirin, Camp Caeser.
“Rakan-rakan, dah azan maghrib dah tue, jom kita turun sekali berjemaah di masjid. Dapat 27 pahala. Kalau kat rumah, Allah bagi 1 jer… tue pun belum tentu full 1 mark, hehe~” Ujar Amir dalam nada gurauan. “O0o0, kau pergi lah dulu, nanti kami menyusul kemudian. Kita jumpa kat masjid nanti ye!” kata Aqif mewakili ahli beitnya yang lain…. diukir sekali senyuman kambing dibibirnya.
Alhamdulillah, Amar ma’ruf telah berjaya dilakukan oleh Amir. Mudah bukan? dan banyak lagi peluang untuk ber’amar ma’ruf’ yang terbentang luas di depan mata kita. Tapi sahabat-sahabat sekalian, sejauh mana perkara yang cukup mudah ini kita praktikkan kepada rakan-rakan kita? kepada ahli beit kita? kepada ahli keluarga kita? atau mungkin kepada masyarakat umumnya? Mari kita bermuhasabah diri.
************************************************************************************************************
situasi-2:
Balik sahaja Amir dari solat maghrib di Masjid Riyadhus-solihin, dia bercadang untuk bersiar-siar sebentar menikmati bayu angin di persisiran laut Mediterranean. Mungkin untuk melepaskan tension akibat jadual ‘study’ yang cukup padat. Dengan harapan dapat melihat kehebatan Allah swt, dimana samar-samar sinaran cahaya matahari merah yang hampir terbenam sudah cukup mendamaikan hatinya.
Mulutnya berzikir tidak henti. Setapak dia melangkah menuju ke persisiran laut, sebutir takbir & tahmid terlafaz dari bibirnya… Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar…. Memang sudah menjadi kelaziman bagi diri Amir. Ilmu yang diperoleh daripada seorang murabbi dalam usrahnya, menasihati agar senantiasa berterusan mengingati Allah di setiap saat, walau dimana jua dia berada, kerana dengan hanya mengingati Allah lah jiwa-jiwa yang kusut itu mampu kembali menjadi tenang dan damai. Sedang asyik dia memerhati keindahan ciptaan tuhan, tiba-tiba dari jauh kelihatan kelibat sepasang couple, juga menikmati suasana damai pada petang itu…mungkin. Rancak sungguh mereka berbual. Kadang-kadang tangan si perempuan bukan main ligat menepuk tampar bahu si lelaki…. bagai PISANG dibelah dua sudah… asyik!
Dalam hati Amir “Amboi, intimnya diorang nie…, nie macam Arab jer… Arab dah kahwin kot… mesranya mereka… bilalaa aku nak berumah-tangga nie…hihi.” gelak kecil hatinya, berbunga-bunga memikirkan masa depan yang belum pasti. Semakin dekat mereka menghampiri kedudukan Amir, Amir kembali kaget melihat kelibat pasangan itu tadi. Rupa-rupanya mereka merupakan rakan se’batch’nya sendiri, Aiman dan Mira…. antara pasangan ter’HOT’ menjadi bualan ramai pelajar-pelajar PERUBATAN di sini.
Amir semakin tidak keruan. “Alamak, macam mana aku nak buat nie? Diorang makin dekat dah nie!! adui…. kang aku tegur, aku pun dulu pernah couple jugak… macam cakap tak serupa bikin jer rase….huhu. Tak kuat lagi laa hati nie. Ermm, biar jer lah…. baik aku jalan cepat sikit. Masuk nafaq(terowong) buat-buat tak nampak jer diorang… lepas tanggungjawab aku… aisH, time-time camnie pun nak couple ker!” Dengan pantas Amir berjalan menuju nafaq Camp Caeser untuk terus pulang ke rumah, tanpa menoleh kebelakang mengelak daripada bertembung dengan pasangan sejoli itu tadi.
Kata Al-Qurtubi rahimahullah dlm tafsirnya (1/367 edisi shamela):
وقال الحسن لمطرف بن عبد الله: عظ أصحابك، فقال إني أخاف أن أقول ما لا أفعل، قال: يرحمك الله ! وأينا يفعل ما يقول ! ويود الشيطان أنه قد ظفر بهذا، فلم يأمر أحد بمعروف ولم ينه عن منكر
dan kata Al-Hasan (Al-Hasan Al-basri) kepada Mutorrif Ibn ‘Abdillah: nasihatilah sahabat-sahabatmu. Maka dia menjawab: Sungguh aku takut untuk cakap benda yang aku tak buat.
Kata Al-Hasan: Moga Allah merahmatimu. Siapa diantara kita yang mengerjakan apa yang dia katakan. syaitan mahukan kalian terjebak dalam hal ini, sehingga tiada seorang pun yang berani menyuruh perkara yang makruh dan mencegah perkara mungkar.
وقال مالك عن ربيعة بن أبي عبد الرحمن سمعت سعيد بن جبير يقول: لو كان المرء لا يأمر بالمعروف ولا ينهى عن المنكر حتى لا يكون فيه شئ، ما أمرأحد بمعروف ولا نهى عن منكر قال مالك: وصدق، من ذا الذي ليس فيه شئ
dan kata Malik dari Rabi’ah ibn Abi abdul Rahman: Aku dengan Sa’id ibn Jubair (‘alim dari generasi tabi’in) berkata: kalaulah seseorang itu tidak melakukan amar makruf dan nahi mungkar sehingga dia sempurna, tiadalah seorang pun yang akan melakukan amar makruf dan nahi mungkar! kata Malik: Benar katanya, siapa yang tak buat silap?
sumber: tafsir al-Qurtubi [quoted from my friend, Yasir's status]
************************************************************************************************************
Bandingkan situasi 1 dan 2 di atas. Mudah bukan untuk melaksanakan ‘Amar ma’ruf’. Tapi bila maksiat berlaku betul-betul di depan mata kita, selagi ada jalan untuk mengelak, selagi itu akan kita gunakan. Mungkin hati masih lagi tak cukup kuat untuk menegur? atau mungkin risau dan bimbang kita sedang menempah musuh, lebih-lebih lagi dengan rakan sendiri? boleh jadi juga kita lebih berminat untuk melaksanakan perkara-perkara yang tidak mendatangkan risiko pada diri sendiri(tiada kecaman, mudah berdakwah, kalau buat program pelajar-pelajar datang, etc..), lantas kemungkaran dibiar berleluasa tanpa ada siapa yang cakna kewujudannya. Seronoknya berdakwah, semua berjalan lancar!
Mengelak adalah jalan pintas yang gemar kita lakukan. Di samping mengharap, cukup hanya dengan mengislah diri sendiri, maka masyarakat sekeliling akan diberi hidayah & kemungkaran akan lenyap begitu sahaja dengan asbab baik & solehnya diri kita. Di mana pengamatan Amar ma’ruf Nahi Mungkar, jika benar dengan mengislah diri boleh merubah segala-galanya? Jika begitu tanggapan kita, mengapa perlunya dicatatkan sekali Nahi Mungkar? Lebih mudah sekadar Amar ma’ruf sahaja yang dititipkan di dalam Al-Quran… tidak begitu? sesuatu yang perlu kita fikirkan sedalam-dalamnya. Tidak Allah swt sebutkan sesuatu perkara tanpa sia-sia melainkan perkara itu perlu diambil cakna oleh setiap makhluknya yang bergelar manusia…. Terutama kita, golongan syabab-syabab yang sesungguhnya kental semangat juangnya untuk mempertahankan agama.
“kami kecik lagi, baru 20 tahun. Nak terlibat dengan benda-benda yang berskala besar (menentang Seksualiti Merdeka sebagai contoh) masih tak layak dan tak mampu. Biarlah orang-orang atas yang menguruskan. Kita jaga diri baik-baik jadi soleh/ah pun ok dah…“
Islah nafsak wad’u ghairak jangan sesekali kita lupa wahai sahabat. Perbaikilah dirimu DAN juga orang disekelilingmu. Carilah mana-mana ruang yang mampu untuk engkau menyumbang ke arah matlamat itu. Mudah-mudahan dengan beriringnya 2 perkataan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar ini, maka Biah Solehah yang kita idam-idamkan akan terbina hendaknya. Bukan untuk diri sendiri, malah untuk masyarakat umum khususnya.
Hadith Ibn Umar Radhiyallahu ‘anhuma
“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar di atas kesakitan yang timbul akibat pergaulan itu, adalah lebih baik daripada seorang mukmin yang tidak bercampur gaul dengan orang ramai dan tidak sabar di atas kesakitan akibat pergaulan itu”
(Al-Tirmidhi 2507, Ibn Majah 4032)
Nak jadi orang yang berjaya… di dunia MAHUPUN di akhirat? Jom, laksanakan Amar ma’ruf Nahi Mungkar. Libatkan diri kita mengikut kemampuan masing-masing. Mudah-mudahan dengan usaha yang sedikit kita sumbangkan, kita dicatat sebagai orang-orang yang mengikut arus kebangkitan Islam pada masa kini insyaAllah.
Firman Allah lagi :
” Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” ( Surah Al- Imran : 104 )
nasihat untuk diri sendiri… juga untuk rakan-rakan lain…. mampukah kita menggalas tanggungjawab ini??
p/s: segala jalan cerita adalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang meninggal dunia. Kalau terkena tue mintak maaf laa ye, nak buat guane…heH!
Sekian, wallahu’alam…











Posted on November 7, 2011
0