UbaH YanG BagaimanA…

Posted on September 7, 2011

0


Assalamu’alaykum wbt….

 Sudah 5 bulan aku biarkan “Selangkah Demi Selangkah” duduk menyepi sendiri. Entah mengapa hari ini tergerak hati untuk melangkah setapak lagi kehadapan. Ramadhan sudah lama berlalu pergi, kini Syawal pula rancak berkunjung tiba. Apa-apapun syukur Alhamdulillah, masih lagi diberi nikmat hidup, nikmat Iman & Islam hingga ke hari ini… sedang masih ramai lagi di luar sana yang terkapai-kapai mencari hakikat sebenar tujuan penciptaan.

Selamat hari raya Aidil Fitri maaf Zahir dan Batin

Selamat hari raya Aidil Fitri maaf Zahir dan Batin

Perubahan…. Ramai yang mendambakan agar diri mereka berubah. Sudah tentu perubahan ke arah yang lebih baik sangat-sangat diidamkan, kerana itu adalah fitrah manusia yang suka kepada perkara kebaikan. Tidak kurang juga yang menjadi sebaliknya. Semuanya bergantung pada diri sendiri. Allah swt telah mengatur kehidupan manusia di dunia yang serba fana ini, dan kita sebagai hambaNya diberi peluang untuk memilih, samada ingin menuju ke syurga yang sesungguhnya seindah penciptaan atau merengkok di neraka yang penuh dengan siksaan yang teramat dasyat!

Aku gemar melihat telatah manusia disekelilingku yang berbagai ragam. Seronok mengkaji & meneliti, kadang-kadang membuatkan aku berfikir panjang. Konklusinya benar, fitrah manusia itu adalah kepada yang baik, yang indah, dan sesungguhnya Islam menawarkan seadanya. Tersenyum melihat rakan-rakan yang berubah sedikit-demi sedikit. Maklumlah sepanjang perkenalan aku dengan mereka, hati budi masing-masing banyak mengajar erti kehidupan.

it's your choice!

it's your choice!

Kenapa manusia itu berubah ya? Ini seringkali membuatkan aku terfikir…. Adakah disebabkan manusia yang mempengaruhi? atau mungkin pangkat atau jawatan yang diperolehi? Atau yang paling indah dan cantik kerana DIA ya’ni Allah swt terbit disudut hati? Persoalan yang seringkali berlegar-legar dibenakku. Bukan mudah untuk seseorang itu melakukan anjakan paradigma yang begitu ketara dalam diri mereka, usaha yang berterusan dan istiqamah yang dituntut dalam perubahan sangat-sangat membuatkan hati ini sedikit cemburu. Cemburu yang teramat sangat, cemburu kerana kasih tuhan seperti tidak hadir di dalam diriku.

Dahulunya dia bukan main asyik dengan pasangan-tanpa-ikatan-sahnya, gambar-gambarnya di facebook lentok sana lentok sini, dengan komen yang berbagai-bagai, kalah pasangan yang sudah berkahwin! Tapi kini hilang semuanya. Aku lihat perubahan pada dirinya. Lentoknya bukan dengan yang bukan muhrim, tapi dengan Al-quran disisi. Kalam-kalamnya di facebook bukan lagi ‘sayang’, ‘hunny’ atau mungkin ‘bee’… tapi lebih terjurus kepada hadith & peringatan serta kata pujangga ulama-ulama. Solat yang tiada berjemaah dahulunya telah diubah hampir 100% disurau atau masjid. masyaAllah! Aku mengkagumi keazamannya…. Pasti ada sesuatu yang tersembunyi yang hanya dia dan Tuhannya sahaja yang mengetahui.

Dahulunya, kehidupan seorang remaja bebas, menjadi pilihan dihatinya. Parti-parti anjuran rakan-rakan tidak mungkin untuk dirinya tidak turut sertai sama. Sudah tentu pergaulan lelaki perempuan tidak sama sekali diendahkan, seronok duduk beramai-ramai pada lewat malam, bergurau senda, suap-menyuap sesama sendiri, tiada siapa yang mampu menghalang. Memang seronok! Itu kehidupannya tahun lepas, tahun ini aku lihat perubahan besar pada dirinya. Kelas-kelas pengajian agama pasti kedapatan dirinya tergolong sama. Rakan-rakannya tidak lagi yang jenis ‘dunia ini aku yang punya’, tetapi yang sering menelaah pelajaran, yang gemar ke kuliah-kuliah agama. Dan topic perbualan pula semakin berisi manfaat dan nasihat, bukan tin kosong semata.

Ingin sekali aku mendekati mereka, bertanya kenapa dan kenapa…. Wallahi diri ini amat mendambakan perubahan sedemikian rupa, yang bukan berubah hanya untuk seketika, tapi Alhamdulillah setakat yang aku perhatikan, mereka istiqamah dalam mengejar yang Maha Esa. Dan aku doakan agar mereka terus-menerus sedemikian rupa insyaAllah. Sungguh seperti di dalam hadith Qudsi yang menyatakan, “selangkah aku menghampiriMu, seribu langkah Engkau mendekatiku”. Sesuatu yang seharusnya menjadi kekuatan kepada kita sebagai hamba untuk terus menerus mengejar redha dan kasih sayang Sang Pencipta.

untuk siapa cinta itu?

untuk siapa cinta itu?

Sukarnya meletakkan Allah dihati ini. Diri & hati kita lebih mudah untuk berubah bukan keranaNya, tapi lebih kepada si dia.

Ana dah nak masuk alam rumah tangga, jadi ana berubahlah… kalau tak bila lagi kan”.

Nasib baik dia hadir dalam hatiku, kalau tidak, aku tak tahulah apa akan jadi pada diriku ini, isk2”.

seronok juga jadi baik nie, orang cakap aku macam ustaz/ustazah… kembang kejap, hik2!

Ada juga ‘pattern’ sebegini yang aku jumpa. Entah-entah diri aku pun tergolong dalam kalangan seperti manusia-manusia di atas, o0H!…. na’uuzdzubillahi minzaalik T_T

Seandainya ditakdirkan Tuhan, si dia tidak menjadi milikmu, seandainya ditakdirkan Tuhan si dia tidak hadir dalam dirimu & seandainya mereka-mereka itu tidak menabur pujian untuk kepetahan & keagungan kata-kata serta kebaikanmu, adakah engkau sanggup hanyut meniggalkan DIA yang sebenar-benarnya? Sanggupkah dibiarkan syurga yang tercipta?

benarkah cintaku hanya untukMu?

benarkah cintaku hanya untukMu?

Andaipun engkau berjaya menjadi baik kerana manusia, ingatlah pada “innamaa a3maluu binniat…” sia-sia sahaja kerana manusia itu tidak langsung dapat memberi sebarang kebaikan kepadamu. Mungkin keseronokan pujian & kemegahan yang bersifat sementara sahaja yang engkau peroleh, yang tidak mungkin sama sekali diangkat darjatmu disisi Allah, malah dipandang hina disisiNya… sia-sia belaka! Berubahlah seikhlas hati, mohon doa kepadaNya agar setiap perilaku, tindak tanduk dan tutur bicaramu adalah semata-mata kerana Allah swt sahaja. Semoga kita tergolong didalam golongan yang mendapat pertolongan Allah swt dan kemenangan daripadaNya insyaAllah… ameen Ya Rabb!

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّ‌حْمَـٰنِ الرَّ‌حِيمِ

إِذَا جَاءَ نَصْرُ‌ اللَّـهِ وَالْفَتْحُ ﴿١﴾ وَرَ‌أَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّـهِ أَفْوَاجًا ﴿٢﴾ فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَ‌بِّكَ وَاسْتَغْفِرْ‌هُ ۚ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا ﴿٣

Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan(1) dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah(2) maka bertasbihlah memuji Tuhanmu dan mohonlah keampunan kepadaNya. Sungguh Dia maha Penerima taubat(3)