“Argh!!…. Bosan tahap maksima dah nie….mati keghing aku dibuatnya!! Dah ler melanguk kat sini tak buat mende, dah tue plak tak tahu sampai bile kena stranded kat sini…..aisH~” jerkah seorang akhi, mengenangkan nasibnya yang agak malang konon-kononnya.
Kelihatan riak amarah diwajahnya merunsingkan setiap jiwa yang berada disekeliling. Kali ini sudah masuk kali yang ketiga emosi yang sama diulang-ulang, walaupun tempatnya sahaja yang berbeza. 1) di asrama MARA 2) di airport Nuzha iskandariyah 3) di penempatan Madinatul Hujjaj, Jeddah. Begitulah nasib seorang pelarian malang, akibat daripada kebangkitan rakyat Mesir menentang pemerintahan toghut Hosni Mubarak, habis semua rakyat Malaysia yang menetap disana terpaksa dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia rata-rata dek ketakutan berserta kerisauan yang melampau-lampau ibu-bapa. Biasalah… ibu mana yang tidak kasihkan anak, ayah mana yang tidak sayangkan warisnya. Mahu tidak mahu semua harus diangkut pulang. Ada yang menaiki Air Asia, ada juga yang tidak kurang jantannya menaiki Charlie milik TUDM, sebuah pengalaman yang tidak mungkin sekali luput ditelan zaman.
Pengalaman demi pengalaman menimpa si empunya diri, lebih-lebih lagi buat mereka yang tidak sempat untuk mengeluarkan wang genih untuk membeli tiket fast track (pulang awal ape barang, hehe!=p), maka hanya program evakuasi Ops Pyramid kerajaanlah menjadi pilihan dihati…huhu! Ada yang riang gembira dihati, asbabnya tiket free…siapa yang tak mahu, pulang ke tanah air tercinta tanpa mengeluarkan sesen pun, malah disupport makan minum lagi. Menanti bagaikan anak raja dikatil single @ mungkin double decker, makan pagi, tengah hari dan malam datang bagaikan bola bergolek-golek ke riba…. masyaAllah! Nikmat mana yang ingin lagi engkau dustakan??!! Huh!! Tapi ada juga yang tidak kurang rasa keluh-kesah dihati, dimanifestasi bagai zikir harian dibibir seperti situasi monolog diatas…. huhu! Al-maklumlah, manusia…. pasti ada sedikit kelemahan yang tidak mungkin dapat dielakkan. Tapi ia tidak seharusnya dijadikan alasan, malah harus dijadikan sempadan agar kualiti rohani dan jasmani diri dapat dipertingkat kelak insyaAllah….
Kebiasaan yang melanda jiwa anak muda yang darahnya sedikit kepanasan, terutama dalam bab-bab yang mengganggu masa perjalanan hidupnya. Terpaksa menunggu lama tanpa melakukan sebarang perkara, masa dibuang begitu sahaja. Sudah itu pula, dibebankan lagi dengan imtihan yang masih belum-belum selesai. Terbit juga kekadang iri hati pada adik-adik yang sudah tamat peperiksaaan mereka, pulang kepangkuan keluarga dengan hasrat untuk bercuti semata, tiada lagi bebanan. Banyak factor yang menganggu gugat dirinya, tarikh imtihan yang belum ditetapkan, keadaan Mesir yang masih lagi samar-samar keadaan politiknya, juga karenah petugas-petugas di Universiti dalam menentukan tarikh mulanya kuliyah dibuka, membuatkan si empunya diri bertambah serabut dan kusut hingga terabai aktiviti harian. Hatta di saat ini, atau mungkin detik ketika waktu yang sedang bergerak kini, masih lagi gundah gulana hatinya. Buku neuropsychiatry, Obstetric & Gynecology atau mungkin juga Paediatric sudah lama tersusun rapi, menunggu masa(seminggu dah kot, aisH~) untuk dibuka sahaja.
Tapi apakan daya, keadaan suasana di Malaysia menggugat jiwa dan raga. Ada sahaja factor penghalang jari-jemari dari terus menyentuh hatta kulit buku sekalipun. Makanan yang berbagai macam, slot drama Akasia atau mungkin “Sejuta Cinta Marshanda” yang haram untuk ditinggalkan sudah cukup menggamit hati insan yang tulus suci. Tidak seperti di Mesir…. sebuah bilik yang selesa, lengkap dengan kerusi office dan meja berserta kata-kata taujihat yang terpapar didinding-dinding, membangkitkan suasana untuk diri ini lebih fokus! Itu mungkin pengalaman 4th year dan 5th year pelajar perubatan Iskandariyah. Bagi para pelajar pre-clinical yang sudah tamat imtihan final semester, lain pula yang dikeluhkan… saye tak tahu, Tanya mereka, hehe~ o0h….rindunya Mesir!! Pelbagai alasan diwujudkan, pelbagai dugaan cuba diterjemahkan….
Itulah jiwa manusia yang sering khuatir akan masa depan mereka yang entah ke mana, hingga terabai peluang yang mungkin wujud pada hari ini. Seringkali kita runsingkan apa yang bakal dihadapi kelak, khuatir apa yang ingin dicapai tidak dapat digenggam seerat-eratnya. Fikir punya fikir punya fikir, hanya menambahkan khuatir di dalam diri. Maksudnya….. salahkah untuk kita memandang jauh kehadapan?? O0h, tidak…. Tidak salah untuk melihat atau lebih indah lagi meramal dan membentuk masa depan, tapi seharusnya kita sedar bahawa skop itu perlulah diletakkan dalam konteks FIKIR, bukannya KHUATIR. Lain pula pada diri insan yang kerdil ini, sering menyerabutkan diri dengan tahap khuatir yang membawa kepada terbantutnya peluang yang wujud pada hari ini.
Sebagai contoh, kita kerap kali risau pada imtihan yang masih lagi samar-samar kondisinya sehinggakan buku tidak langsung dijamah dek kerana runsing “bila sebenarnya tarikh exam nie??..aisH~ sengal betullaa U nie… kejap tarikh tue, kejap lagi tukar balik tarikh nie… tak payah exam laa, kan mudah!! H0h0!” Para ilmuan psychologist ada menyatakan bahawa, “tugas kita bukan melihat apa yang jauh dan masih samar dihadapan, tetapi melakukan apa yang jelas ditangan”. Makanya, bagi yang bakal berimtihan seperti saya-saya nie, eloklah buku menjadi santapan, kerana jelas dan nyata matlamat yang ingin dicapai sudah jelas terbentang, Cuma hati yang perlu FAHAM(bukan sekadar TAHU) untuk memainkan peranan….. aaaaa….sukarnya untuk diri ini berjihad. Benarlah kata pujangga, jihad itu memerlukan pengorbanan, baru anda digelar pejuang yang sebenar!
Bagi yang tidak langsung disebokkan dengan buku-buku kuliyah, anda punya akal, anda punya fikiran. Beruntung bagi mereka yang mempunyai kepelbagaian kemahiran, tidak kisahlah samada soft atau hard skills… kedua-duanya boleh diguna-pakai… jika pandai berFIKIR, insyaAllah ia bakal mengalir bagaikan air tanpa henti. Nabi bersabda, “sebaik-baik kamu adalah dia yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain.“. Berhenti dari lamunan yang panjang, jadilah seperti sahabat rasulullah SAW yang senantiasa bersikap realistic dan practical dalam kehidupan seharian. Kebaikan yang sahabat nabi nampak tidak sama sekali ditangguh-tangguh walau sedetik sekalipun. Kejahatan yang boleh dibuang akan terus dihentikan tanpa ragu-ragu. Andai jiwa terasa kosong, penuhi ia dengan kalimah cinta dari Al-Rahman, isi kembali dengan cahaya zikir kepada Al-Rahim. Sambil terleka mengetip butir-butir dipapan kekunci laptop kesayangan kerana mengukuhkan ukhuwwah di facebook, apa salahnya dilebihkan masa pula untuk melayari laman-laman yang boleh menambah buah fikiran dalam mendidik rohani, catitkan sekali agar kekal utuh disebalik hati nurani….
Pendek selalu mengingatkan kita dengan kata-kata pengubat jiwa,
“masa lalu adalah kelmarin yang TELAH mati, masa depan adalah esok yang BELUM lahir melihat bumi, akan tetapi SELAMATKANLAH HARI INI yang SEDANG hidup, mencari-cari tujuannya dibumi yang fana ini”
Sekian sahaja…. Mudah sungguh untuk diri ini melakar kata-kata, tetapi cukup payah untuk disemat di dalam jiwa, apatah lagi dijadikan amalan peneman diri yang setia…. Semoga aku beramal dengan apa yang aku katakan insyaAllah…..
-muhasabah mode-
cerita diatas adalah sama sekali tidak dikaitkan dengan sesiapa pun melainkan si empunya blog nie…. [ape nak jadi laa aku nie…isk3!]
Salam alaykum wbt……~











kEyNAh
February 19, 2011
woaah, thumbs up !!
wallayahemmak
February 19, 2011
heee~…. syukran keynah… moge manfaatnya boleh kita kongsi insyaAllah=)
duduk2 xder koje…. ini jerlaa yg menjadi pengisian diri walaupun buku berlambak2 menunggu untuk dibaca…huhu! ^^
abu
February 19, 2011
“dilonggokkan digudang sebelum berpindah ke asrama”
kami pula..
“dilonggokkan di gudang ..dan terus dilonggok digudang selama 4hari..”
xpe..baru jantan..hehe
wallayahemmak
February 19, 2011
huhu…. baru kejantananmu tercabar abu….. hee~
xpo syeikh…. walaupun gudang ke gudang…. tapi gudang yg 2nd tue uP sket, ber’air-cond’….hehe~ =p
yadiy
February 19, 2011
macam best aje tahun 4 ngan tahun 5 masih ad exam lgi. Jadi ad benda yang nak buat. kami pre-clinical tak tahu ap benda nk buat .. mati kebosanan. (mode ~ memujuk dan takde menjeleskan~)
wallayahemmak
February 19, 2011
“trime kaseyh”laa yadey….. memujuk kami2 yang tengah stress tahap gaban nie…..
seorang junior yang sangat2 “memahami” condition para seniornya, haha!
NB: aisH~…. mati kebosanan smbiL 3rd year melancarkan tour around M’sia…aaaaaaaaaa…..
ini lagi membuatkan orang iri hati + menjeleskan nie….isk2 =p