Bismillahirrahmanirrahim….. Assalamualaikum wbt.
masyaAllah, sudah 2 bulan lebih rupanya tidak aku titipkan sebarang coretan di blog “Selangkah Demi Selangkah” ini. Masakan tidak, setelah tamatnya musim imtihan bagi semester yang lepas, pelbagai rancangan sudah aku atur demi memenuhi cuti musim panas agar tidak dibiarkan kosong tanpa terisi. Alhamdulillah, segala ruang masa yang ada, penuhku ukir dengan 1001 pengalaman, puas aku coret dengan segunung kisah kehidupan. Semoga setiap langkah yang telahku lakar bukanlah suatu yang sia-sia belaka, malah dirahmati dan diredhai dengan rahmat ilahi insyaAllah….
Apa yang menarik kali ini ya? Rasa kekok sebenarnya pabila ingin mula menulis kembali, setelah 2 bulan tidak terasah jari-jemariku dalam menaip butir-butir “keypad” di laptop kesayangan ini. Rasa ingin berkongsi dalam diri ini cukup kuat bergelojak, tapi apakan daya…. Factor masa menjadi penghalang, factor ilmu yang kurang juga sebagai penghadang, cukup untuk membuatkan diri ini static di takuk lama, aisH~ Walaubagaimanapun, itu semua factor dalaman yang lahir dari dalam diri sebagai alasan yang sering diguna pakai.
Semester baru kali ini, suatu perubahan besar telah dicatat oleh batchku secara majoritinya. Cerita yang seringkali dibual ramai, tidak kiralah di dewan kuliyah mahupun di kedai kebdah rahman atau “disease” sekalipun. Walaupun sudah hampir 2 minggu lebih kelas bermula, kisah 8 pasangan mempelai masih lagi dibincang, ucapan tahniah masih lagi diberikan, terlakar senyuman x-raja sehari. Barakallahulakum wa Baraka 3alaykuma waja 3aala bainakuma fil kheir insyaAllah…. Alfu mabruk diucapkan kepada yang telah melengkapkan separuh daripada iman mereka, yang mana separuh lagi harus dipenuhi dengan amal soleh yang lain.
Benar belaka kata orang ramai, air muka si pasangan baru memang cukup berseri, tenang jiwa tiap masa hingga yang melihat pun tenteram damai rasanya, hehe! Manakan tidak, penghalalan secara mutlak daripada agama itu sesungguhnya amat mententeramkan, bukan sahaja physically, malah secara spiritually juga(jangan salah faham, please be opened, hehe! =p). jelas terpampang jalan yang diberikan oleh Allah swt, tiap sesuatu yang dihalang itu, pasti ada cara penyelesaiannya. Sungguh adil agama Allah ini, cuma kita sahaja yang sering dibayangi oleh adat istiadat lama yang sangat menggerunkan. Bukan hendak menyalahkan adat, tetapi jika ianya tidak berlandaskan syariat, porak-perandalah jadinya. Jangan biarkan adat mengawal Islam, kerana sesungguhnya Islamlah yang sebenarnya telah memperhebatkan adat.
“kau nie generalized sangatlaaa bro…. mana bulih ko royak gitu. Abis takkan kita nak salahkan mak ayah yang suruh habiskan study dulu” Yup, betul..betul…betul! padangan aku di atas adalah untuk yang benar-benar berkemampuan dan betul-betul telah bersedia(dalam ertikata cukup syarat-syarat yang melayakkannya). Pandangan mak ayah harus juga diambil kira, asam garam telah mereka rasa terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi aku cukup optimis bahawa mereka lebih memahami tahap keupayaan dan kesediaan anak yang telah mereka pelihara selama 20 tahun lebih. But everything is flexible, bagi yang rasa sudah sampai masanya, yakinkan orang tua anda terlebih dahulu, tunjukkan bahawa anda mampu dan sudah cukup serius untuk mengemudi bahtera rumah tangga(ceH, nie bukan galakan yer!=p).
Perbincangan demi perbincangan telah aku dengar. Sungguh, besar impak yang dibawa oleh “bait muslim”, merangsang pelbagai fikrah yang dahulunya cukup pesimis tentang perkahwinan di alam kampus. Ada yang positif, ada yang negatif ada juga yang masih tercari-cari jawapan. Semua ini bagiku adalah hikmah yang diturunkan Allah yang mengajak kita supaya senantiasa berfikir dan terus mengkaji, bukan hanya duduk membatu diri menunggu takdir dari Ilahi. Paling tidak masyarakat kita disini tidak membazir masa berbual kosong dengan perkara-perkara yang tidak membawa ke mana-mana hala tuju, tapi lebih memikirkan tentang hukum-hakam persoalan rumah tangga, persediaan jati diri yang perlu dibuat, dan pelbagai perkara yang bagi aku sudah sampai peringkat masanya untuk masing-masing fikirkan, iaitu masa depan.
Pernah terbaca di satu blog(baik cari info dari duk melayan gambar-gambar di fB, huhu!), Imam Ghazali pernah berkata, “pendidikan terhadap anak-anak bermula 20 tahun sebelum kelahiran anak.” Errr…. 2-3 kali juga aku ulang-alik ayat nie. Sedikit kepeningan pada mulanya. Memang benar kata Imam Al-Ghazali diatas, bukan mudah hendak membina sebuah rumah tangga, memiliki isteri yang solehah, seterusnya cahaya mata yang bukan sahaja sebagai pengikat kasih dan sayang, malah sebagai semaian kita setelah mati, lantas dituai diakhirat kelak. “Islah nafsak, wad3u ghairak”, perbaiki dirimu, dan serulah orang lain.
Mampukah kita untuk menjadi contoh kepada anak-anak kelak? Bagaimana dengan keadaan diri sebelum-sebelum ini, sesuaikah untuk ditonton tayang kepada isteri/suami dan anak-anak yang bakal menjadikan kita sebagai role model mereka? Yang akan meng’copy-paste’kan akhlak kita di dalam hard disc mereka? “Kerana apa harus dipersoal kehidupan lampau, yang tinggalkan hanyalah sejarah semata? Kahwin nanti kita binalah hidup baru….mudah!” Tidak semudah yang disangka sahabat, perubahan memerlukan masa. Sungguh mudah dilafaz dengan kata-kata, tetapi cukup sukar untuk dilaksana. Kawan-kawan kita kan selalu berseloroh, “ lu cakap senanglaaa…cube buat sket…haaa!” memang itu lumrah manusia.
“nak tunggu bebetul ready(lame tue 20 tahun!!), sampai berjanggut pun tak kawen aku agaknya” ujar seorang kenalan. Hmmm, sukar juga ya. Makanya, sejarah yang lepas kita jadikan sebagai pedoman untuk membimbing diri pada hari ini, agar tidak tersasar di kemudian hari. Mulakan dari sekarang, latih diri untuk cuba istiqamah hatta sudah sampai masa untuk berumah tangga, kerana setiap detik kehidupan yang dilalui juga merupakan proses-proses pembelajaran dalam meniti kehidupan yang bakal mendatang.
ثلاثة يا على لا تؤخرهن : الصلاة إذا أتت , والجنازة إذا حضرت , ولأيم إذا وجدت كفؤا
Maksudnya : “Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah di lewat-lewatkan. Yang pertama : Solat apabila telah masuk waktunya, yang kedua : Jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga : anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya”.
p/s: “mana mungkin sebuah keluarga bahagia dibina di atas sampah sarap kemaksiatan…” ustaz ilias ahmad
Ouh ya, coretan ini tidak membawa erti penulis sedang ke arah itu, malah lambat lagi sebenarnya….heH!! =p Sekian, wallahu 3alam…..
![umrah.... rindu tanah suci tak hilang lagi...=) [sebelum botak] umrah.... rindu tanah suci tak hilang lagi...=) [sebelum botak]](http://wallayahemmak.files.wordpress.com/2010/10/umrah.jpg?w=594)

![kudin n isteri... [sabau kudin, nanti sampai la tue....=)] kudin n isteri... [sabau kudin, nanti sampai la tue....=)]](http://wallayahemmak.files.wordpress.com/2010/10/kudin.jpg?w=594)










zul
October 15, 2010
nice one sya’rawi..eh sya’rani..bait muslim pun dh slamat rasmi..contoh2 pun dh ramai..bissur’ah insyaAllah..Allah yuftah alaik..
zul
October 15, 2010
kheir insyaAllah..
wallayahemmak
October 15, 2010
haha….. ana tunggu enta dulu laa zuL. Orang yang ana target2 dari dlu lagi untuk memulakan langkah setapak kehadapan. Baru bulih jadikan contoh teladan, ader geng se”seksyen”…ngeh3!
Pojekism
October 15, 2010
Aish syak…ralat….
“fadel n atum…. sambal tempoyak ader lagi ker? nak maghi rumah nie…haha!”
…..
…
fadel n atum…. sambal tempoyak ader lagi ker? nak gi rumah nie…haha!
syak..slow2 la…adu..:D
wallayahemmak
October 15, 2010
aik…. salah eh? bahase “maghi” tue bukan “gie” ker? saye bukan sedang berbahase kelantan rasenyer nie…heH!! =p
muhammadyadiy
October 15, 2010
gelagat seniorku
wallayahemmak
October 15, 2010
gitulah gamoknyer wahai juniorku….haha!
maroazwan
October 16, 2010
taun dpan, tambah lg…
taun taun dpan, tambah tambah lg…
taun taun taun dpan, tambah tambah tambah lg…
heh…pandai2 ar buat math sendri
dtg ar umah aku…wpon xde org yg kawen, masak best gak pe~ hehe
wallayahemmak
October 17, 2010
maro sudah mula memberikan ‘hint’…. tambah, tambah dan terus bertambah…. antara orang yang bakal menambahkan lagi bilangan ahli bait muslim…haha!
aH, dtng umah ko, paling2 gempak pun air teh gak yang aku dapat…ceH! =p [alhamdulillah....hehe!=)]
Syahida Majid
October 28, 2010
OMG~~
Adah dah kawen? Siyes aku terguling tgk dan bace berite ini. aaaaaa
wallayahemmak
October 28, 2010
alhamdulillah selamat dah saadah…=)
haha….. ko sebagai sahabat sebilik dyer x tahu cerita…?? adoilaa eida oi…..
nnti contact2 laa dyer….x kan x dop yM dyer kut, huhu! apolaaa =p
Kak Long
May 13, 2011
Pening…. adik bongsu kesayangan dah terjebak dengan cinta kampus gak… Ya Allah moga diselamatk adikku daripada sebarang malapetaka…. Moga dia tidak kecundang…..
(Sori lah menyelit kat sini….)
wallayahemmak
May 15, 2011
sabar kak long…. sabar….
kalau sayang, teruskan menasihati, teruskan berdoa…. moga terbuka hati adik bongsu tadi. konsep taubat dan hidayah kan begitu kak….=)
p/s: tak pe jer nak menyelit…hehe
khaulaqian
July 24, 2011
no shoutbox.so just interrupt here.
salam ‘alayk ya akhi.
senior sksu , abg kepada najmi najmuddin.bekas atlet.
sudah di misr rupanya.semoga suksess.
Allah yubarik fik.
doakan ana di ukm ini.
nice blog akhi.
wallayahemmak
July 26, 2011
waalikumsalam wbt…..
o0o0…. enti satu batch ngan najmi ye… syukran atas do’anya ya….
lame dah tak berblog nie…. exam just around the corner….heH!….
insyaAllah, samo2 saling mendoakan ya, robbina yusa7hiiLik insyaAllah… =)
aimipia
April 15, 2012
salam kwn skola rendah.tak tau pulak ko menulis blog.btw nice writing..mudahan2 dpt terus menyampai n mngigatkan..amin amin:)
wallayahemmak
April 15, 2012
wsalam wbt pia…. heH! lame dah tinggal nie… hilang segala sentuhan…hehe~ tak tahu bile bleh mule balik, isk2!
time kasih doanya… moga dapat dismbung bila mampu
aimipia
April 17, 2012
insha Allah mudah2an dpt kekuatan utk smbung:) anyway, just suggestion if u cn write about the issues in palestine. There is one activist,Prof Madya Dr.Hafidzi Mohd Noor. His writing on the history of Tanah Melayu is way diff from our text book that we used to read..there are lot of thing disclosed which what were happened last time is actually the starting point of what happened in palestine today. previously,i really dont have any interest in digging up the history about tanah melayu but now i just realised( from Dr Hafidzi talk) its not totally about independent that they fight about, it was actually about Muslim people..the right as a muslim not the right as malay people..haha its very interesting history i must say..opsss i already talk too much. His writing can be read here:
http://lambaian-islah.blogspot.com/