Continue: BukaN SetakaT ZibaalaH…..

Posted on February 14, 2010

6


Assalamualaikum wbt….

Nampaknya post terpaksa disambung, hehe! Ini semua gara-gara Valentine’s Day, 14hb Febuary. Sudah tue pula gejala buang anak di Malaysia semakin menjadi-jadi, huhu! Apa nak jadilaa 1Malaysia sekarang nie, haiH~….

Rasulullah SAW sendiri pernah berkata…

Nabi saw bersabda, bermaksud: ‘Anak kecil itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Ibubapanya yang membentuknya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.’

kelahiran insan yang didambakan

kelahiran insan yang didambakan

Dikandungkan seseorang itu selama 9 bulan lebih di dalam rahim seorang ibu. Cukup seksa rasanya untuk seorang ibu membawa bebanan paling tidak 5kg(berat bayi + amniotic fluid) didalam perutnya. Yang berjiwa lelaki nie, kalau nak rasa, belilaa dumb-bell 5 kg, kemudian ikat di perut masing-masing, haha! Perempuan pula, tak payah laa, insyaAllah suatu hari akan tetap jua merasa pengalaman best nie. Makan-minum si ibu pula dijaga ayah dengan cukup rapi. “sayang, jangan lupa exercise yer, nanti nak beranak mudah, ringan-ringan pun ok dah =)” ujar si ayah mengambil berat kesihatan si ibu, juga anak di dalam kandungan. Genap 9 bulan, maka lahirlah satu jasad yang cukup menggembirakan sehingga menitis air mata sang ibu dan ayah kerana terharu. Diazankan bayi tersebut ditelinga, dikucup dahinya dengan penuh kasih-sayang, dibalut dengan kain tebal agar si anak senantiasa hangat, jauh daripada kesejukan.

time kecik-kecik, mak ayah suruh buat, semua ikut. masuk dalam tembikai pun boleeeelaaaa...

time kecik-kecik, mak ayah suruh buat, semua ikut. masuk dalam tembikai pun boleeeelaaaa...

Kini bayi tersebut membesar dengan sihat sekali, fizikal mahupun mentalnya! “amboi, comelnya anak awak nie kinah!!, gebu sungguh pipinya!” bangga si ibu apabila dipuji temannya. Dalam hati si ibu menaruh sepenuh harapan agar anaknya ini membesar dengan sebaik-baiknya, agar dapat berbakti kepadanya, juga kepada agama dan Negara. Maka si anak tadi di timang bagai ditatang minyak yang penuh, diberi pelajaran secukupnya, dididik dengan agama untuk menjadi insan yang musleh, makan minum disuap seadanya, biarlah perut si ibu dan si ayah kelaparan, janji anak-anak merasai nikmat kekenyangan.

masuk MRSM..... seluar khaki.... haha! dasar MRSM btuL laa

masuk MRSM..... seluar khaki.... haha! dasar MRSM btuL laa

mak, adik dapat 5A!!!” melonjak kegembiraan si anak menunjukkan keputusan peperiksaan UPSR kepada ibunya. Dipeluk erat sisi ibunya, gembira yang tidak terhingga!! Tanpa diduga mengalir air mata si ibu kerana cukup terharu atas kejayaan anak kesayangannya. Terasa dibalas jasanya selama ini. “tidak sia-sia pengorbananku, syukur ya Allah!” bisik hati kecil jiwa murni seorang ibu. Setelah 12 tahun duduk bersama, kini mereka terpaksa berpisah. Si anak dihantar ke pusat pengajian yang lebih baik agar cita-cita yang diidamnya terpasak utuh didalam genggaman. “Jangan sia-siakan peluang yang diberikan Allah nie, buatlah sehabis baik yer dik… insyaAllah Allah akan membantu orang yang berusaha” pesan ibu kepada anaknya sebelum mereka berpisah. Diperhatikan ayah dari jauh, senyum melihat gelagat 2 beranak. Dalam benaknya terasa berbaloi, puas dengan keluarga yang mampu dibina dengan tangannya sendiri. “Ya Allah, engkau peliharalah keluargaku agar sentiasa tetap dijalanMu ya Allah…” desus hatinya mengingatkan kepada tuhan Ar-rahim. Ya, tanpa bantuan dan kasih-sayang yang Maha pencipta, si ayah sedar dia tidak akan mampu untuk bertahan hingga ke hari ini. Maka syukur itu adalah perlu buat dirinya!

Kini si anak bebas, tiada lagi yang mampu untuk mengawal. hanya persekitaran yang bakal membentuk jati dirinya, samada memilih untuk kearah kebaikan mahupun sebaliknya. Semakin ramai rakan atau teman baru yang dijumpai, semakin banyak gelagat dan perwatakan yang sedikit-sebanyak menyusup dan mempengaruhi akal minda, juga tingkah-laku malah pegangan akidahnya.

Perasaan untuk mencuba sesuatu yang baru semakin bergejolak, bagai ada sesuatu yang membisikkan ditelinganya. Manakan tidak, jiwa remaja orang kata. Peringkat inilah merupakan tahap yang paling dikhuatiri. Segala-galanya ingin dibuat, segala-galanya ingin dicuba! Nasihat rakan sebelah tidak dilayan, ingatan ibu dan ayah yang dahulunya tertanam kukuh, kini makin dilupakan. Ajaran agama semakin hari semakin lebur. “Aku punya pasal laa, kau sebok-sebok hal aku buat ape!” antara zikir harian yang sering dimainkan apabila dinasihati rakan sebaya.

Ibu dan ayah dirumah kini jarang-jarang dihubungi. Dulu bukan main kerap, sehari mahu 3-4 kali bertanyakan khabar. Tapi itu dulu, kini sudah besar meningkat remaja. Apa barang duduk celah ketiak mak ayah. “Tak payahlaa calling-calling nie”. Lama-kelamaan, terasa gusar hatinya, seperti ada yang tidak kena. “Aku perlukan seseorang untuk kudampingi, ceritakan masalah aku, mengasihi… dan juga dikasihi. Aku perlukan itu semua, kalau tidak, jiwa aku rasa kacau!!” desak hatinya. Mungkin kekurangan kasih-sayang. Al-maklumlah, ibu ayah berjauhan, jarang-jarang pula nak berhubung. Dah besar panjang orang kata.

kita nak study ape ek?

kita nak study ape ek?

[gambar 'lentok' untuk sambungan selanjutnya boleh di dapati disini...... aduuu hai! ]

Allah berfirman dalam surah Al-Isra’ ayat ke-32 yang bermaksud:

“Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat,”

awak nak ikut saya tak, kita pergi study? Lagipun exam dah nak dekat dah nie…” Tanya si jantan. Tension dengan imtihan, ditambah pula jiwa yang berkecamuk. “ermmmm…. Boleh juga, saya pun tengah nak cari teman untuk study group.” Malu-malu tikus gelagatnya sambil jari-jemari asyik memintal kain baju yang dipakai. Barulaa nampak cute. Sudah seronok dapat berjumpa sekali, dipelawa untuk hari-hari yang berikutnya. Hubungan mereka semakin intim. Hanya mereka berdua, tiada rakan dan sahabat, tiada ibu dan ayah, juga tiada tuhan serta rasul di dalam jiwa mereka. Lena dibuai cinta buta yang indah. Sehingga tiba suatu tahap, apabila nafsu menguasai fikiran, ketika agama dipijak syaitan…………………………….

depan orang pun boleh gak buat..... mafish al-haya'

depan orang pun boleh gak buat..... mafish al-haya'

Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Thabarani:

Jauhilah kamu bersunyi-sunyi dengan perempuan. Demi Allah tidak bersunyi seorang lelaki dengan seorang perempuan melainkan masuklah syaitan diantara keduanya, dan bersentuhan seorang lelaki akan babi yang berkubang dengan lumpur lebih baik baginya daripada bersentuhan dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya.”

tibalah hari yang ditunggu-tunggu……. Valentine’s Day!!

Valentines Day... makan pon sodaP!

Valentines Day... makan pon sodaP!

9 bulan selepas Valentine’s Day….. banyak kisah-kisah mendukacitakan…isk2

Perbuatan membuang bayi pada masa kini menyamai perbuatan Wadulbanat orang Arab pada zaman Jahiliyyah yang menanam hidup-hidup anak perempuan mereka sebelum datangnya pembimbing agung Nabi Muhammad SAW. Malah, perbuatan membuang bayi pada masa kini lebih jahiliah dari perbuatan jahiliah terdahulu kerana pada zaman itu bayi dibezakan jantinanya. Hanya anak perempuan yang ditanam dan bukan anak lelaki, namun sekarang bayi lelaki juga menjadi bayi buangan yang dibuang oleh ibu kandungnya sendiri.


kena bakar siap!

kena bakar siap!

dimakan anjing..... alahai manusia....

dimakan anjing..... alahai manusia....

diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa terdapat tujuh golongan manusia yang dijamin masuk syurga dan akan dilindungi Allah di saat tidak ada lagi pelindung selain Dia, iaitu:

a.  Pemimpin yang adil.
b.  Seorang pemuda yang hidupnya selalu beribadah kepada Allah.
c.  Laki-laki yang hatinya terikat dengan masjid.
d.  Dua orang yang saling menyayangi kerana Allah. Bertemu kerana  Allah dan berpisah kerana Allah.
e.  Seorang laki-laki yang apabila dirayu oleh wanita cantik, berkedudukan dan kaya, ia berkata: “Tidak … saya takut kepada Allah.”
f.  Laki-laki yang bersedekah dengan rahsia, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui yang dikeluarkan oleh tangan kanannya.
g.  Laki-laki yang berzikir kepada Allah secara sembunyi, air matanya berlinang kerana takut kepada Allah.

gambar-gambar tersiar hanyalah hiasan semata-mata agar jalan cerita menjadi lebih menarik, haha!….. walaubagaimanapun, senantiasalah berwaspada dengan setiap gerak-langkah yang disusun, kerana disana ada yang Maha Melihat tanpa kita sedari……

sekian, wassalamualaikum wbt…..