FitraH vs NafsU….

Posted on December 1, 2009

0


Assalamualaikum wbt sebagai pembuka bicara….hehe…

Masih tidak terlambat rasanya untuk aku mengucapkan selamat hari raya Aidil Adha buat seluruh muslimeen dan muslimat diluar sana…. Kullu 3am wentu bekhair…. (bleh tak gunekan quote biasa nie untuk raya adha, ker ader yang lain… macam “taqabbalallaahu minna waminkum”? kalau ada, kabo sinie yer).

Rasa malas dan susah benar untuk menulis semenjak akhir-akhir nie, tidak tahulah kenapa…. Nak kata brain dysfunction, rasa-rasanya elok lagi…. Tidak mahu tidak, aku tetap ingin memaksa diri pada kali ini untuk tetap menulis. arGH!!…. susahnya!…. kekurangan idea, mungkin sebab aku kurang membaca. Kurang perasaan, mungkin kerana kurangnya pengalaman harian….. patutlah orang kata, pengalaman itu mengajar erti kehidupan. Tidak salah sekiranya jika aku ingin katakana disini bahawa perempuan berbanding lelaki dewasa kini lebih terbuka mindanya,  sangat luas pengalamannya.

pompuan skang nie dah macam lelaki, jangan terlebih sudeyh, kang hirsutism puloP! hehe

pompuan skang nie dah macam lelaki, jangan terlebih sudeyh, kang hirsutism puloP! hehe

Jika dahulu yang selalu keluar rumah, yang selalu merantau jauh…. Sudah semestinya jiwa yang bernama lelaki. Mereka suka benar berjalan, melihat dan menterjemah keindahan alam. Paling tidak pun, mungkin disebabkan outstation. Berbanding perempuan yang terpaksa berkurung didalam rumah, kemas sana, masak sini, tanam bunga, anak lagi…-macam-macam yang perlu mereka uruskan sehingga tidak cukup masa 24 jam yang diberikan tuhan.

Semalam jadi musyrif akhawat(cewah, tadi guna perempuan), baru pulang dari Kaherah agaknya. Rajin benar mereka berjalan, yang aku nie, duk melanguk Alex jek laaa…haha. Macam-macam karenah juga ya. Daripada 5 orang yang diperlukan, tup tap tup tap jadi 6 orang. Ustaz zuL pula hampir keciciran barang berharganya di dalam teksi. Nasib baik Arab Mesir nie baik (bukan semua cekik darah yer) dipulangkan semula barang tersebut tanpa sebarang upah pun diambil walau dihulur sedikit kepadanya. Alhamdulillah….kalau tidak jenuh juga 4 orang. 3aala kullihal, bagus sebenarnya bagi yang rajin untuk melangkah jauh, melihat setiap pelusuk dunia…. Carilah sebanyak mana pengalaman yang mampu untuk dikumpul dan disemadikan. Dalam surah al-Mulk sendiri Allah swt turut menyatakan tentang hal berkaitan:

هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ ذَلُولًا فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِن رِّزْقِهِ وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagimu. Maka berjalanlah disegenap penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekinya. Dan hanya kepadaNya sajalah kamu (kembali) dibangkitkan. Al-mulk:15

Memang seperti apa yang dikhabarkan, apabila seseorang itu kerap berjalan, selalu bermusafir, ‘networking’menjadi lebih luas. Pelbagai ragam manusia dapat kita lihat, bermacam sifat insan dapat kita hayati dan apa yang lebih penting, ukhuwah yang terbina bertambah kukuh dan mantap. Betul ke semua ini, perjumpaan kita adalah kerana ukhuwah fillah atau ianya sekadar retorik semata?

beruntunglah bagi mereka yang mampu untuk menyelami dan memahami keindahan ciptaan Allah swt kerana disebalik setiap penciptaan itu ada sesuatu yang cuba diceritakan tuhan...

beruntunglah bagi mereka yang mampu untuk menyelami dan memahami keindahan ciptaan Allah swt kerana disebalik setiap penciptaan itu ada sesuatu yang cuba diceritakan tuhan...

“Depan kita bagai malaikat sifatnya, belakang kita hanya Allah sahaja yang tahu.”biasa dengar bukan ayat-ayat seperti ini? Kerapkali muncul dari mulut rakan-rakan kita… alah, kita pun sama juga. Mungkin ada hikmahnya kita diketemukan dengan pelbagai jenis manusia. Ada yang suka mementingkan kekemasan, kesempurnaan dan segala apa yang good-things-labeled. Ada pula diantara kita yang hidup tidak teratur, serabai dan itu merupakan perkara terbaik bagi dirinya, tidak bagi kita.

Hidup ini akan lebih tenang sekiranya “give and take” itu diamalkan oleh setiap daripada kita. Tapi realitinya, kita mudah memandang orang lain hanya pada sebelah mata (bukan anita Sarawak jer yang kata =p). Tidak kiralah, samada yang konon baik melabel yang buruk, atau yang rasa bagus menuding dan mengata pada yang sememangnya baik (susah juga nak jadi baik zaman sekarang nie, pasti ada yang mengata… skema? Apa sajalah///).

masing-masing nak ikut kepala sendiri.... manusia memang banyak ragamnya~

masing-masing nak ikut kepala sendiri.... manusia memang banyak ragamnya~

Semenjak bertapak dibumi Mesir ini, aku telah diketemukan dengan pelbagai jenis manusia. Bila jenisnya sudah banyak, sudah tentulah segala macam perangai turut aku jumpa, berbagai ragam turut aku rasa. Anak orang kaya, miskin juga pastinya ada. Genius apatah lagi, tidak turut ketinggalan yang rasa diri mereka ghabi pun turut serta. Ada juga yang terlebih sosialnya dan ada yang melabel dirinya sendiri anti-sosial. Aku? Boleh aku labelkan sebagai golongan pertengahan. Islam itukan sentiasa bersederhana (apa kaitan? Haha).

Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

Suka untuk aku berkongsi dengan rakan-rakan diluar sana, quote seorang sahabat yang selalu mengajar aku erti ikatan/hubungan/relationship. Beliau boleh dikatakan pakar dalam PR dan mempunyai niche yang tersendiri dalam membentuk circle of influence di kalangan manusia setempat (terlebih muja nie, jangan bangga plak, haha!). kata beliau,cubalah untuk fahami hati dan perasaan orang lain tanpa mengharap diri kita untuk difahami. Huih, kalaulah semua orang bersikap seperti ini,cukup aman dan tenteram komuniti kita. Mari kita apply dalam kehidupan harian.

“]inilah dia..... en. Rahim ceti PCI....hehe! [kalau dia tahu nie, abihlaaa....haha!]

inilah dia..... en. Rahim ceti PCI....hehe! [kalau dia tahu nie, abihlaaa....haha!

Sebagai contoh, housemate anda cukup malas untuk membasuh pinggan selepas makan, ditinggalkannya begitu sahaja berminggu-minggu hingga naik kulat dan fungi, haiH~…. Anda yang sememangnya faham akan sikap rakan anda, tanpa merungut cuba untuk membasuh pinggan tersebut demi kebaikan ahli rumah yang lain. Manusia secara fitrah pasti akan terdetik walau secebis dihatinya apabila suatu kejelikan itu dibalas dengan kebaikan, dan secara fitrahnya juga pasti terkesan dan cuba untuk perbaiki kesilapannya [bagi yang berfitrah laa eh, yang tak makan saman tue, hantar balik masuk hutan] . Alamatnya masing-masing akan saling memahami dan saling memperbaik antara satu dengan yang lain. Kalau tak percaya, cubalah!!… yang penting titip sifat sabar dahulu kerana agendanya sangat besar, bukan sehari dua kita dapat merubah hati manusia. Kerana kita hanya mampu berusaha, dan yang memegang hati-hati ini hanyalah Allah swt dan Dia sajalah yang mampu membolak-balikkannya.

suka juga untuk aku kongsikan disini kata-kata seorang murabbi, ajaran yang cukup mengajar aku erti kehidupan sesame manusia. Kata beliau, Apabila seseorang saudara kita berlaku jahat, maka apa yang kita benci adalah perlakuan jahatnya. Kita tidak membenci saudara kita itu.” Maka seharusnya Jika kita memahami perkara ini secara waras, maka kita akan menegur dengan baik, menasihati dengan lemah lembut kesalahan-kesalahan saudara kita. Bukannya dengan cara menjerit, mengutuk dan menggertak. Bukan juga dengan cara menjadi ‘HERO’ kampong yang tepahape, mempengaruhi orang lain untuk kepuasan nafsu peribadi.  Namun kebiasaan yang berlaku adalah sebaliknya. Kita lebih suka untuk memilih jalan yang tepahape, kenapa yer? Dah bagus sangat kot… entahlaaa……huhu!

hero kampung....bagusnya....haha! (gambar sekadar hiasan)

hero kampung....bagusnya....haha! (gambar sekadar hiasan)

Jom kita sama-sama renung hadith ini:

Dpd Muaz bin Anas ra bahawa Rasulullah saw bersabda, “sesiapa yg meninggalkan pakaian yg indah dengan tujuan merendah diri kepada Allah, sedangkan ianya mampu berbuat demikian, maka Allah memanggilnya pada hari kiamat dihadapan orang ramai, kemudian Allah menyuruhnya memilih pakaian yang ia suka daripada berbagai-bagai pakaian orang yg beriman. (Attarmidzi)

Post kali ini membuatkan aku berhenti dalam kadar intermittent yang cukup banyak, tak tahulah kenapa. Jika anda rasa ada sesuatu didalamnya, silalah ambil…. Bagi diri aku sendiri, apa yang sebenarnya aku tulis nie? haiH~…… buat dalam kadar terpaksa….maka silalah rasa…haha! Tapi inilah  lumrah kehidupan, kalau tiada rasa payah itu, manakan manis itu hendak ketemu.

Okies lah, salam alaykum wbt…..